TIROID
TIROID merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan. Ini sangat penting segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan. Tiroid adalah penyakit yang menyerang kelenjar tiroid. Penyakit ini tidaklah merbahaya jika pesakit mendapatkan rawatan perubatan yang betul. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar, menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Keadaan lebih bah...