Posts

Showing posts from 2011

"Stress" Di Kalangan Wanita - Malaysia Di Tangga Ke-16

Image
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan pelbagai program bagi mengatasi masalah wanita tertekan yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-16 dalam satu kaji selidik mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi golongan itu. Timbalan Menterinya, Heng Seai Kei berkata, antaranya mengadakan program Keluarga@Kerja untuk mengimbangi tanggungjawab wanita terhadap kerja dan keluarga. Jelasnya, melalui program berkenaan, aspek yang ditekankan adalah gaya keibubapaan kreatif dan pengurusan konflik khususnya masalah dalaman yang diharap dapat meningkatkan kemahiran wanita dalam mengelak situasi berisiko seperti menguruskan tekanan dalam kehidupan. “Bagi membantu keluarga berkerjaya dapat menikmati pengasuhan dan penjagaan anak yang berkualiti, kerajaan menggalakkan majikan menubuhkan pusat jagaan anak dengan menyediakan geran pelancaran manakala subsidi yuran pengasuhan turut diberikan kepada keluarga yang berpendapatan re

Cantik Tanpa Solekan

Image
Ada beratus-ratus informasi di internet yang mengajar anda tentang cara bersolek yang betul. Sudah tentu, kesemua ilmu ini akan menyenaraikan pelbagai kegunaan dan fungsi alat solek sehingga anda sendiri mungkin tidak kenal apakah alat solek yang dimaksudkan. Tetapi daripada ilmu bersolek semata-mata, apakah tidak ada ilmu yang memberikan anda kebaikan untuk tidak bergantung kepada alat solek pula untuk cantik? Mungkin ada baiknya kita tampil tanpa sebarang sapuan alat mekap tetapi tetap cantik. Bolehkah begitu? Kenapa Perlu Wajah Cantik Tanpa Solekan? 1. Siapa Yang Punyai Masa Bukan semua wanita mempunyai wang yang cukup untuk membeli kesemua alat solek dengan lengkap. Dan bukan semua wanita juga mempunyai masa untuk memperuntukkan setidak-tidaknya 30 minit masa di depan cermin untus merias wajah. Perlu juga diingat, ada wanita yang turut tidak suka memperuntukkan masa yang lebih lama daripada bersolek untuk menanggalkan pula solekan itu dari wajah dengan sempurna. Tidak mustahil

Kepentingan ASID FOLIK

Image
Asid Folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): Keluarga yang pernah mengalami NTD Pernah hamil anak yang mengalami NTD Mengambil ubat sawan Kencing manis Semua wanita yang merancan

Sukar Peroleh Anak ?

Image
APABILA timbul masalah mendapatkan anak, tiada siapa harus dipersalahkan sebelum pasangan suami isteri menjalani pemeriksaan kesuburan bagi mencari di mana silapnya. Banyak pasangan menghadapi masalah kerana suami kurang bekerjasama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sedangkan pemeriksaan kesuburan untuk wanita lebih banyak dan leceh. Inilah nasihat Ketua Unit Klinik Kesuburan, Bahagian Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat (LPPKN), Dr Abdul Ghafar Abdul Razak. Masalah kesuburan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, iaitu 30 peratus berpunca daripada suami, 30 peratus daripada isteri, 30 peratus gabungan kedua-duanya, manakala 10 peratus lagi tidak diketahui. Oleh kerana pecahan antara suami dan isteri seimbang, sepatutnya tidak timbul isu menyalahkan mana-mana pihak.

Risau Bayi Anda Mengalami Masalah Kuning Selepas Bersalin?

Image
Artikel Dipetik Daripada Tulisan : DR ASMUNNI YAHYA Pakar Perunding Paediatrik JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning. Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku. Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat. Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak b