Posts

Showing posts from December, 2021

APAKAH GAMAT?

Image
TIMUN LAUT adalah haiwan invertebrata (tanpa tulang) marin mendiami kawasan bentik dan laut dalam. Timun laut meliputi 90% biojisim dasar laut, justeru itu merupakan komponen penting dalam ekosistem marin. Jumlah spesies timun laut dianggarkan melebihi 1200 dengan spesies baru dibincangkan setiap tahun sekali gus membuktikan bahawa kemampuan manusia termasuk dalam menerokai rahsia alam sebenarnya adalah amat terbatas seperti firman Allah : "Katakanlah (wahai Muhammad) : “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan” - (Surah Al-Kahfi : 109) Menurut Prof Ridzwan Hashim, berbagai panggilan tempatan terhadap timun laut Malaysia telah diberikan mengikut suku kaum etnik tempatan samada sebagai bat, balat (Sabah), trepang (Indonesia), brunok, hoi-sum (Orang Cina) atau gam