Posts

Showing posts from April, 2013

'Painkillers' Semulajadi Dalam Dapur Anda

Image
Tahukah anda bahayanya mengambil terlalu banyak 'Painkillers' kepada kesihatan anda? Mengikut kajian, sebiji panadol atau painkillers yang diambil akan kekal dalam hati & usus anda selama setahun sebelum ianya hancur. Bayangkan dah berapa biji anda telan dan sudah berapa tahun anda mula mengambilnya.
Berita baiknya, mengikut kajian Prof Ridzuan Hashim iaitu Bapa Gamat Malaysia, dalam Jeli Gamat GOLD, ada sejenis bahan yang digelar "Morfin Semulajadi" iaitu bahan anagelsik semulajadi yang bertindak sebagai bahan penahan sakit semulajadi. Jika anda terasa sakit kepala atau bahagian-bahagian lain pada tubuh anda, telan je 1 sudu Jeli Gamat GOLD, In Shaa Allah. Cubalah hari ini!
#Pic Kredit To Health & Beauty Tips
#Jom Like & Share http://www.facebook.com/JeliGamatGold


Untuk Pesanan (klik)

Kesan Pemakanan Kepada Diri Anda

Image
Pemakanan banyak mempengaruhi keadaan fizikal, mental & rohani kita. Anda adalah apa yang anda makan. Jika pemakanan anda seimbang dan niat anda makan untuk sihat maka kesannya adalah kepada kesihatan yang baik. Tetapi jika makan kerana nafsu, maka berhati-hatilah kerana ia mungkin menjadi 'racun' yang akan merosakkan kesihatan dalaman anda termasuklah fungsi organ.
Sebenarnya, badan manusia yang sihat mempunyai mekanisma semulajadi melawan penyakit tanpa perlu bergantung kepada ubat hospital atau farmasi. Namun, disebabkan faktor gaya hidup moden & pemakanan yang diambil bermula daripada sumber, bahan tambahan yang digunakan, kurangnya senaman dan sebagainya menyebabkan badan kita tidak mampu untuk melawan penyakit-penyakit atau bertindak sebagai pencegahan awal kepada serangan virus atau bakteria serta radikal bebas.

Justeru itu, anda memerlukan Jeli Gamat GOLD yang bertindak sebagai 'Doktor Sel' yang akan memulih & meremajakan semula sel-sel dalam badan a…

Pek “PCN Excel Pack” Luxor Lengkap Untuk Anda dan Sekeluarga

Image
KESIHATAN menyeluruh bermula dengan memahami bagaimana ia boleh diperolehi dan dijaga dengan mudah dan teratur. Cuba kita pelajari dari alam semulajadi. Bagi pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, kesihatan bermula dari tahap akar. Ia meyerap air dan nutrien dari tanah dan mengunakan cahaya matahari untuk foto sintesis. Bagi manusia pula, kesihatan bermula dari tahap sel-sel kita.


Jika sel-sel kita dipermudahkan, dibersih, diberi nutrien yang secukupnya, dilindungi dan sentiasa berada dalam keadaan seimbang, kita pun boleh hidup sihat. Kesemua inilah yang dilakukan oleh PCN Excel Pack Luxor pada tubuh anda.

Hanya 4 langkah Mudah Diperlukan
Kita mempunyai lebih dari 60 trilion sel dan 10 sistem tubuh yang perlu berfungsi secara harmoni antara satu sama lain supaya semua sel, tisu dan organ sentiasa sihat. Walaupun ia merupakan suatu proses yang begitu rumit, PCN Excel Pack Luxor menjadikannya sungguh mudah dalam 4 langkah yang sistematik :
Langkah 1Jeli Gamat Gold Bertindak sebagai pencegah …

Resdung - Punca dan Petuanya

Image
MENCEGAH lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.
Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Apa dia punca resdung ni??
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.
Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Petua mencegah resd…

Menjauhi Yang Tinggi-tinggi Dengan BioCore Cholite

Image
Dirumus dari 3 jenis kandungan semulajadi terbukti berkesan menjaga keseluruhan kesihatan kardiovaskular.
1. RED YEAST RICE
(Penerokaan Semula Herba Purba)
- Terhasil dari proses penapaian beras dengan menggunakan monascus purpureus.
- Juga dikenali sebagai "hong qu'' dalam bahasa Cina, "beni-koji" di Jepun, "red mould" di Amerika Syarikat.
- Digunakan sejak berabad dahulu sebagai makanan dan ubat herba bagi menggalakkan peredaran darah.

Unggul untuk Kesihatan :
1. Mengandungi bahan aktif Monacolin K, membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
2. Mengandungi GABA membantu menurunkan tekanan darah.
3. Menguatkan limpa dan perut, menggalakkan penghadaman.
4. Menggalakkan peredaran darah dan menghapuskan gumpalan darah
2. GINKGO BILOBA EXTRACT
(Keajaiban Daya Ketahanan Dan Panjang Usia Dari Alam Semula Jadi - meningkatkan peredaran darah dan daya ingatan)
- Berasal dari daun pokok ginkgo yang dipercayai merupakan fosil hidup paling tua di bumi.

U…

PETUA MENCERAHKAN KULIT BADAN

Image
Caranya macam ni..p cari serbuk kopi yg ori, bkn nescafe yer...ambik lebih kurang 2 sudu besar. Letakkn dalam mangkuk klu boleh mngkuk plastik. Kang ko guna mangkuk kaca, anak2 berlari tersentuh tersadung tersepak..ko juga yg penat menjerit.
Lepas tu ambik segenggam dua beras pulut, basuh, toskan airnya dan goreng dengan minyak zaitun yg pure atau virgin. Jangan beli yang dah diproses. Goreng sampai kekuningan. Oopss. Minyak zaitun tu skit jer yer..bukan nak buat deep fry pun okey.. then blend kesemua beras tadi biar jd halus sehalus mungkin. Ambik 1 sudu besar, selebihnya simpan. Kang nak buat lg tk payah susah susah basuh kuali.
Campurkan beras dengan serbuk kopi tadi. Tambah sedikit air agak2 yang selesa untuk kita tenyeh2 atau sental2 kat kulit nnti. Masuk bilik mandi..sental la kulit korang dr atas bdn ke bwh..sental lama skit kt tempat2 yg degil,yg hitam, yg lusuh,yg kelabu taikanjing..hehe...ala-ala scrub gitu..
Dah tu bilas dan mandi spt biasa. Buat 2 atau 3 kali seminggu. Jan…

Petua Ubati Luka Bersalin

Image
MENYAMBUT kelahiran bayi merupakan saat yang paling menggembirakan bagi seorang ibu apatah lagi segala penat lelah dan pengorbanan selama 9 bulan 10 hari mengendong bayi dalam kandungan kemana sahaja bukanlah suatu perkara mudah yang tidak mungkin dapat dipikul seorang lelaki. Namun, dalam proses kelahiran tersebut si ibu terpaksa melalui pelbagai cara untuk memastikan bayi mereka lahir dengan selamat sama ada secara normal ataupun pembedahan. Dalam proses tersebut juga, si ibu pasti akan melalui luka-luka ketika bersalin. Luka tersebut perlu diubati segera bagi mengelakkan komplikasi jangkitan kuman pada bahagian luka. Di sini, disenaraikan beberapa petua untuk mengubati luka bersalin.
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda hingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari sehingga luka anda sembuh. 
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikir garanm. Makan bersam…

Tolong Berhenti Merokok! Perbaiki Sekarang!

Image
BANYAK manfaat apabila kita berhenti merokok. Namun, bagi sesetengah perokok mereka menghadapi kesukaran handak berhenti kerana kesan ketagihan yang sukar hendak ditahan.
Berita baik kepada perokok, tanamkan azam untuk berhenti merokok kerana tindakan anda dapat menyelamatkan nyawa anda & insan tersayang daripada risiko penyakit akibat kesan merokok. Cuba amalkan juga kombinasi Jeli Gamat Gold & Bio C Compleks sebagai suplemen harian anda. Mengikut beberapa testimoni yang admin perolehi, mereka yang mengamalkan kombinasi kedua produk ini merasakan ada perubahan pada diri mereka. 
Ada yang merasa pahit pada bahagian tekak menyebabkan akhirnya mereka berjaya mengurangkan merokok jika sebelum ini sehari sekotak rokok mampu dihabiskan tetapi selepas 2 minggu seminggu baru habis sekotak rokok. Ini petanda yang sangat baik & perubahan yang sangat positif bagi peringkat permulaan. Ada juga yang merasa rokok yang dihisap rasa kosong seperti menghisap rokok langkawi. (Maafkan admin…

Kesan Jika Anda Duduk Terlalu Lama

Image
RAMAI yang masih tidak menyedari bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah, selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik…

8 Cara Kempiskan Perut Buncit

Image
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. (Minum sikit-sikit tapi banyak kali untuk 1.5 L - 2 L sehari)
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjad…

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Image
Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato @ Sos tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk pen…