Posts

Showing posts from September, 2016

Bagaimana Orang Di Luar Sana Membina Hidup Mereka ?

Image
Cuba kita lihat di luar sanabagaimana masyarakat membina hidup mereka. Ada yang bekerja dan juga berniaga. Bagi yang bekerja, rutin mereka bermula seawal pagi iaitu bangun pukul 5 pagi, bersiap untuk solat subuh dan bergegas keluar dari rumah ke tempat kerja secepat mungkin untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan ada sesetengahnya terpaksa singgah ke beberapa destinasi untuk menghantar anak kepada pengasuh dan kemudian menghantar isteri ke tempat kerja & terus ke tempat kerja sendiri.
Sesudah sampai di pejabat, mereka memulakan kerja sehinggalah pukul 5 petang dan ada yang kekadang sampai pukul 7 petang baru pulang dari pejabat. Kemudian, kelam kabut hendak sampai ke rumah. Bagi isteri yang bekerja terpaksa memasak untuk keluarga. Pukul 8 malam makan malam, pukul 9 malam berehat tengok TV atau TV 'tengok' mereka (tidur) sehinggalah pagi esoknya. Dan kemudian, rutin bermula lagi pukul 5 pagi keesokkannya. Mereka yang berniaga juga tidak jauh berbeza rutin mereka dengan m…

Adakah Kehidupan Ini Berdasarkan Takdir Allah atau Pilihan HambaNya

Image
Hari ni apabila berkata tentang kehidupan, tidak ramai yang sering memperkatakan mengenainya apatah lagi berkaitan dengan kehidupan masing-masing. Kebiasaannya ada 2 kemungkinan : 1. Perkara yang positif atau 2. Perkara yang negatif. Percaya atau tidak, kehidupan kita dicorak melalui pengalaman silam samada pengalaman manis ataupun pahit yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini dan hidupnya sering 'dihantui'. Kadangkala ada yang berpendapat bahawa kehidupan ini begitu sukar. Benarkah begitu? Sukarnya itu di mana?
Adakah benar sebenarnya kehidupan kita ini telah ditentukan Allah atau dengan kata lain sudah takdir kehidupan begitu...betul ke? atau sebenarnya kita sendiri yang pilih kehidupan yang macam mana kita inginkan? kalau sebagai takdir, kenapa Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya." Ayat ini juga menunjukkan bahawa kehidupan kita ini bukan lah takdir …