Posts

Showing posts from July, 2020

Asid Urik Berlebihan Penyebab Gout

Image
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing. Bagaimana Asid Urik Berlebihan Dalam Badan? Segala makanan yang anda ambil dan prosedur penguraian semula jadi merupakan satu cara biasa untuk mensintesis asid urik. Buah pinggang adalah organ yang berfungsi menapis asid ini dan ia biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, ia mungkin dikeluarkan melalui najis. Sekiranya buah pinggang anda tidak berfungsi secara normal atau terlalu banyak asid urik yang terhasil, ia akan menyebabkan peningkatan tahap asid tersebut di dalam darah. Individu dengan tahap asid yang tinggi, akan cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Ia adalah penyakit