Asid Urik Berlebihan Penyebab Gout


Image result for Gout
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing.

Bagaimana Asid Urik Berlebihan Dalam Badan?

Segala makanan yang anda ambil dan prosedur penguraian semula jadi merupakan satu cara biasa untuk mensintesis asid urik. Buah pinggang adalah organ yang berfungsi menapis asid ini dan ia biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, ia mungkin dikeluarkan melalui najis.

Sekiranya buah pinggang anda tidak berfungsi secara normal atau terlalu banyak asid urik yang terhasil, ia akan menyebabkan peningkatan tahap asid tersebut di dalam darah. Individu dengan tahap asid yang tinggi, akan cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Ia adalah penyakit gout.

Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan.

Berbeza situasi dengan pesakit gout, apabila badan mereka hilang keupayaan membuang asid berlebihan ini, bahan kumuhan kemudiannya terkumpul di sendi dan membentuk hablur asid. Ini akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan akan membentuk mendapan (deposit) keras dan berketul dipanggil tophi (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan).

Tahap asid yang tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya batu karang atau kegagalan fungsi buah pinggang yang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka.

Saranan

Untuk menghindari risiko peningkatan tahap asid urik dalam badan, anda digalakkan untuk mengamalkan tabiat minum air kosong sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah batu karang bergantung kepada keperluan harian anda.

Selain itu, kawal pengambilan kalori harian yang seimbang bergantung kepada keperluan badan serta mengawal pemakanan secara keseluruhan.  Elakkan makanan laut, organ dalaman, daging merah, sayuran seperti kekacang dan kobis, ikan seperti ikan sardin dan bilis dan juga tapai. 

Cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat daripada doktor mahupun pakar pemakanan mengenai kaedah penjagaan kesihatan untuk mengawal peningkatan asid urik di dalam badan anda.

Cadangan Penyelesaian :

Gamat walaupun sumber makanan protein tinggi tetapi tiada kandungan purin penyebab kepada sakit gout. Gamat mempunyai kesan penahan sakit dan anti keradangan semulajadi yang berupaya untuk melegakan keadaan gout. Ia meningkatkan pengaliran darah di buah pinggang dan membantu proses pelawasan supaya dapat mengeluarkan asid urik berlebihan.

Harus diingatkan kadangkala berlaku kesan tindakbalas yang menyebabkan rasa sakit sendi tapi selalunya hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja. Teruskan dan janganlah berhenti. Jika perlu anda boleh ambil ubat penahan sakit sementara proses pemulihan badan.


Cara Pengambilan Dalaman :
Royal Gamat Liquid TradiSea : (2 Sudu pagi dan 2 sudu malam)
Spirulina Pacifica : (5 biji pagi dan 5 biji malam)

Luaran :
Kombinasi Minyak Aromaterapi Gamat (AMO) dan Miracle Soothing Gel TradiSea :
Disapukan pada bahagian sendi yang bengkak tadi.



Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya