Posts

Showing posts from March, 2013

7 Tips Kesihatan Untuk Wanita 30-an

Image
BILA umur dah masuk 30-an ni, banyak perbezaan dan perubahan tahap kesihatan badan berlaku berbanding dengan umur 20-an. Sebenarnya saya mudah rasa penat dan tidak bermaya nak plak kerap outstation untuk beberapa hari. Nak buat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak.
Di sini saya kongsikan tips kesihatan untuk wanita yang berumur 30an.
1) Kawal Pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
2) Guna Pelembap Yang Sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. Yang terbaik untuk anda gunakan krim pelembab …

Gemuk Semasa Menstruasi & Datang Bulan

Image
RAMAI wanita mengeluh pada waktu hampir atau sedang menstruasi, angka di timbangan naik beberapa kilogram dan mereka mulai risau. Menurut kajian penyelidik yang dipetik dari Only My Health, hal ini tak perlu dirisaukan kerana hal itu bukan disebabkan oleh pertambahan lemak tetapi air. Seringkali, ketika hormon yang tidak menentu dan tidak normal, pembengkakan terjadi. Akibatnya tubuh wanita menyimpan banyak air lebih banyak di bahagian-bahagian tertentu seperti kaki, lengan dan perut.
Untuk mengatasi masalah ini,Jeli Gamat Gold dan Krill Omega Plus boleh membantu. Ini kerana Gamat bertindak mengecutkan rahim supaya mengelakkan kes endometriosis semasa datang bulan serta menstabilkan semula fungsi sistem badan dan hormon. Gamat juga membantu meningkatkan kadar metabolik badan dan menguruskan paras kolesterol dalam badan. Krill Omega Plus pula membantu menstabilkan hormon serta masalah berkaitan PMS dan ini akan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal. Cubalah hari ini!



Untuk P…

Nutrisi Untuk Otak

Image
OTAK kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.
Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.
DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurot…

Kalsium Ibu Hamil

Image
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.


Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Gin…

"Buy From Trusted Source"

Image
Exotic delicacy: Imported sea cucumber sold at one of the shops in Kota Kinabalu.


Don: Get sea cucumber from those culturing them to avoid poisoning


PETALING JAYA: Those who wish to consume the sea cucumber during Chinese New Year, considered a delicacy, should purchase it from a trusted source to avoid any poisoning, said Universiti Sains Malaysia's marine biologist Prof Dr Zulfigar Yasin.
He said that in recent years, some unscrupulous traders had mixed poisonous sea cucumbers with non-poisonous ones due to high demand.
“It is best to purchase them in wet condition as it is easier to differentiate them.
“And buy from people who are culturing them or from reputable sources,” he said when contacted.
Dr Zulfigar said that sea cucumber that were edible were usually larger in size.
“It is easier to identify an edible sea cucumber when bought fresh rather than dry,” he said.
However, he cautioned that the poisonous ones would look similar to the non-poisonous ones, which made it difficu…

Sopak dan Perubatan

Image
SOPAK atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina atau lapisan dalam mata dimusnahkan.
Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar menjadi putih.
Punca sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui secara sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya : Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.Kemusnahan melanosit dengan sendiri atau mati beragam.Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan (sunburn).Ada juga mengatakan kerana tekanan em…

Pilih Sarapan Pagi Berkhasiat

Image
SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera yang mencukupi untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi serta mengelakkan badan menjadi lesu dan jelas sekali ia tidak boleh diabaikan.Bagaimanapun, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi, yang juga adalah pilihan kurang bijak. Sesetengah percaya bahawa mereka boleh menggantikan sarapan pagi dengan mengambil kuantiti yang lebih banyak pada waktu tengah hari.
Malahan sesetengah juga berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan cara tidak mengambil langsung sarapan pagi walhal mereka boleh mengekalkan berat badan ideal dengan menjaga pengambilan sarapan pagi yang kaya dengan protein dan serat.
Contoh kombinasi sarapan berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin sarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak.
BANTU PERKEMBANGAN MINDA
Khasiat seimbang dari sarapan telah terb…

5 Penyebab Jantung Bengkak

Image
Apa yang menyebabkan jantung bengkak? Pertanyaan ini telah diajukan oleh ramai orang, khususnya bagi mereka yang sedang mempelajari dalam bidang kedoktoran atau mereka yang terlibat secara langsung dengan penyakit ini.


Jantung bengkak tetap menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan. Tidak menghairankan jika para pakar kesihatan terus melakukan penelitian dan pengkajian mengenai penyebab jantung bengkak. Dan hasilnya, ternyata jantung bengkak disebabkan oleh hal-hal berikut ini.


Jarang Bersukan

Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang bersukan. Tubuh yang jarang bersukan jarang mengeluarkan peluh. Risikonya terjadi  berat badan berlebihan (obesiti). Ini sangat berbahaya karena membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya menyebabkan jantung bengkak,  jarang bersukan juga berisiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi. 
Kelainan Jantung Sejak Lahir 
Tidak semua orang lahir dengan jantung yan…

Bahaya!! Panadol Oh Panadol..

Image
JANGAN ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Pan…

Apakah itu Hepatitis B

Image
PENYAKIT HEPATITIS B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 
Virus Hepatitis B


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.
Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?
1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mere…