Posts

Showing posts from May, 2023

Bagaimana Terjadi Endometriosis? Manfaat Gamat Dalam Membantu Masalah Endometriosis

Image
Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita. . Kita Kenali Dulu Rahim (uterus) . Rahim wanita terdiri daripada tiga lapisan iaitu perimetrium (lapisan luar), myometrium (otot atau lapisan tengah), dan endometrium (lapisan dalaman). . Lapisan endometrium ini terdiri daripada beberapa lapisan termasuk sel seakan sel kulit, sel darah, ruang tisu dan kelenjar. . Endometrium menebal pada saat ovulasi (pelepasan telur dari ovari). . Telur yang dipersenyawakan akan melekat pada dinding endometrium ini. Jika pembenihan tidak berlaku, selaput endometrium akan meluruh semasa haid. . Ia keluar sebagai ‘darah haid’ setelah bercampur dengan darah dari rahim serta kuman-kuman bakteria. . Penyakit Endometriosis . Endometriosis pula ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga dil