Posts

Showing posts from July, 2012

Puasa Yang Sihat & Segar

Image
IBADAT puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang muslim. Puasa dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan sabar. Misalnya, sabar melawan nafsu makan dan minum. Pengkajian oleh para saintis telah menunjukkan bahawa puasa atau mengurangkan pemakanan akan memberikan banyak manfaat kesihatan. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang. Puasa bertindak menyingkirkan sisa- sisa racun atau toksin dalam darah kita. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot, supaya kita sihat, segar dan bertenaga. Puasa akan memanjangkan umur. Puasa membantu menurunkan berat badan. Garam menyebabkan ederma, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang dan sebagainya. Berpuasa akan membuangkan garam daripada sel-sel dan organ badan kita. Oleh itu, dapat menurunkan tekanan darah dan aras insulin seseorang.   Menurut kajian oleh The Faculty of Homeopathic Medicine Malaysia “Berpuasa membawa kepada rehat secara fisiologikal yang sempurna bag