5 PENYEBAB JANTUNG BENGKAK


Apa yang menyebabkan jantung bengkak? Pertanyaan ini telah diajukan oleh ramai orang, khususnya bagi mereka yang sedang mempelajari dalam bidang kedoktoran atau mereka yang terlibat secara langsung dengan penyakit ini.

Jantung bengkak tetap menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan. Tidak menghairankan jika para pakar kesihatan terus melakukan penelitian dan pengkajian mengenai penyebab jantung bengkak. Dan hasilnya, ternyata jantung bengkak disebabkan oleh hal-hal berikut ini.

1. Jarang Bersukan

Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang bersukan. Tubuh yang jarang bersukan jarang mengeluarkan peluh. Risikonya terjadi  berat badan berlebihan (obesiti). Ini sangat berbahaya karena membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya menyebabkan jantung bengkak,  jarang bersukan juga berisiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi. 

2. Kelainan Jantung Sejak Lahir 

Tidak semua orang lahir dengan jantung yang normal. Beberapa orang mengalami kelainan jantung atau yang biasa disebut sebagai penyakit jantung disebabkan genetik. Contohnya, seperti jantung berlubang atau timbulnya lubang pada jantung. Ini membuat jantung harus bekerja keras kerana organ jantung tidak sempurna. Jantung harus mengepam lebih kuat dan keadaan itu sangat berpotensi menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.

3. Otot Jantung Lemah 

Otot jantung lemah disebabkan beberapa faktor seperti serangan jantung. Otot jantung yang lemah menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Semakin lama hal ini terjadi, semakin tinggi risiko terjadinya jantung bengkak.

4. Tekanan Darah Tinggi 

Terjadinya tekanan darah tinggi membuatkan jantung bekerja lebih keras. Ini sangat berisiko terhadap peluang terjadinya jantung bengkak. Secara umumnya pengidap tekanan darah tinggi biasanya jarang menyedari mereka diserang penyakit ini kerana penyakit ini hadir tanpa simptom yang ketara. Untuk itu, pemeriksaan tekanan darah berkala penting untuk mengetahui paras tekanan darah anda. Ia bertujuan jika terjadinya tekanan darah tinggi langkah awal bagi mencegah dapat dilakukan supaya tidak menyebabkan jantung bengkak.

5. Kerosakkan Injap Jantung 

Kerosakkan injap pada jantung juga berpotensi menyebabkan jantung bengkak. Kerosakkan  pada injap jantung tersebut biasanya disebabkan oleh demam rematik atau mungkin faktor lain. Disebabkan keadaan organ yang tidak lagi sempurna, ia membuatkan jantung harus bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Beban kerja berlebihan yang dipikul jantung tersebut boleh menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.

Daripada lima penyebab jantung bengkak, empat daripadanya disebabkan oleh punca penyakit yang lain. Jadi boleh dikatakan bahawa jantung bengkak merupakan penyakit lanjutan dari suatu penyakit.

Memang, ini bukan hal yang aneh pada suatu penyakit. Sering kali sesuatu penyakit boleh mengakibatkan terjadinya kesan lain kepada pengidapnya sehingga mengalami beberapa penyakit sekaligus.

Yang paling ditakutkan tentu saja kesan daripada terjadinya jantung bengkak. Bagi mereka yang sudah mengalami masalah pembengkakan jantung, mereka sangat berisiko mengalami pembekuan darah dan kesukaran bernafas.

Kesan jantung bengkak sudah pasti tidak menyenangkan anda. Oleh itu, jagalah kesihatan jantung anda dengan baik. Sayangi jantung anda agar tidak sampai ke tahap jantung menjadi bengkak.


Rawatan Alternatif


Berita baik, Royal Gamat Liquid Tradisea mengandungi sebatian aktif yang bertindak untuk memulih dan meremajakan sel. Ini penting dalam memperbaiki semula sel jantung serta menguatkan semula fungsi otot jantung agar jantung dapat berfungsi dengan lebih baik. Gamat juga kaya dengan omega-3 yang bertindak mengurangkan keradangan dan membantu menguruskan kolesterol serta bertindak sebagai anti trombotik.


Cara pemakanan, Royal Gamat Liquid Tradisea 2 sudu pagi n 2 sudu malam sebelum tidur. Beri masa kerana proses pemulihan dengan kaedah ini mengambil sedikit masa bergantung kepada tahap masalah penyakit, faktor usia dan daya tahan badan. Cuba sekurang-kurangnya 3-6 bulan dan tidak perlu risau kerana melalui cara alternatif ini ia tidak memberikan kesan sampingan walaupun diamalkan untuk jangka panjang.



Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

  1. Assalamualaikum. Muka sy pedihdan gatal. Menjadi kemerah-merahan slp memakai produk kecantikan yg mengandungi bhn kimia. Apakah prooduk jeli gamat yg sesuai utk memulihkan muka saya .keadaan muka sy bermasalah sudah setahun.hrp dpt bantu sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cik puan. Mungkin kulit cik agak sensitif dengan bahan kimia yg terdapat di dalam produk kosmetik tersebut. Sy faham kesannya mendatangkan gangguan emosi kpd cik dalam mencari solusi.

      Apa yg sy boleh syorkan utk cik adalah melalui pemulihan semulajadi kulit dr dalam iaitu pengamalan jelly gamat gold dan extar c plus utk masalah kulit sensitif dan penghasilan sel2 kulit yg baru yg lebih sihat. Di samping itu utk luaran cik sapukan juga gel gamat gold utk hilangkan kesan parut.

      Utk info lanjut boleh hubungi sy terus 018-3597495

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan,mak saya mengalami jantung bengkak.bila mak saya minum air berlebihan ianya akan mengalami bengkak di kaki dan akan beransur pulih apabila ia kerap kencing..

    Apakah jeli gamat gold boleh membantu merawat jantung yg bengkak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Insyaallah. Ini kerana gamat mempunyai elemen anti bengkak dan anti keradangan serta menguatkan semula fungsi otot dalam membantu mereka yang mengalami masalah jantung bengkak. Jeli gamat digunakan sebagai remedi semulajadi untuk tujuan memelihara kesihatan dari segi sumber makanan bernutrisi tinggi dan sebagai makanan berfungsi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

LUKA PEMBEDAHAN