Pilih Sarapan Pagi Berkhasiat




SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera yang mencukupi untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi serta mengelakkan badan menjadi lesu dan jelas sekali ia tidak boleh diabaikan.Bagaimanapun, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi, yang juga adalah pilihan kurang bijak. Sesetengah percaya bahawa mereka boleh menggantikan sarapan pagi dengan mengambil kuantiti yang lebih banyak pada waktu tengah hari.

Malahan sesetengah juga berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan cara tidak mengambil langsung sarapan pagi walhal mereka boleh mengekalkan berat badan ideal dengan menjaga pengambilan sarapan pagi yang kaya dengan protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin sarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak.

BANTU PERKEMBANGAN MINDA

Khasiat seimbang dari sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah “Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children,” yang disiar dalam ‘Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry’ pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding tanpa sarapan.

Bagaimanapun sarapan yang manis seperti bijirin sarapan bergula, penkek dan sirup maple, biskut cip coklat perlu dielak kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja sekiranya memperoleh sarapan yang baik.

UNIVERSITI GALAK PELAJAR BERSARAPAN

Kepentingan sarapan berkhasiat terhadap pencapaian akademik, sebagai contoh, dapat dilihat menerusi keprihatinan University John Hopkins melalui satu pekeliling kepada pelajar.

Ia menggesa semua pelajar untuk makan sarapan pagi setiap hari malah mencadangkan saranan sarapan segera berkhasiat termasuk,

a) Menggalakkan pelajar memilih dua atau tiga hidangan yang merangkumi sekurang-kurangnya satu daripada kumpulan makanan berikut :

- Roti atau bijirin seperti roti bakar, muffin – Susu atau produk tenusu seperti yogurt rendah lemak.

- Buah atau sayuran seperti pisang, epal dan potongan lobak.

b) Amalkan membeli makanan yang boleh dijadikan sarapan segera seperti buah-buahan, yogurt, bar granola atau lain-lain bijirin berserat tinggi semasa membeli-belah.

c) Jadikan minum segelas jus oren atau susu sebagai rutin menggantikan amalan minum kopi pada waktu pagi.

d) Telur boleh disediakan dengan cepat dengan pelbagai cara seperti digoreng, rebus, dadar dan seumpama.

AMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN

Selain mendapatkan sumber nutrien lengkap melalui pemakanan, anda juga digalakkan memasukkan sekali menu sarapan pagi anda dengan mengamalkan suplemen tambahan. Memandangkan pada masa kini sumber bahan makanan yang diperolehi seperti sayur-sayuran yang ditanam banyak terdedah kepada penggunaan racun yang melampau, sumber protein seperti ikan yang diimpot dari luar, kesegarannya dipersoalkan kerana terdapat kes ikan-ikan dari negara jiran mengawet ikan-ikan yang diekspot ke Malaysia dengan menggunakan bahan kimia Formalin yang sering digunakan untuk mengawet mayat. Ayam pula kini membesar dengan segera kerana disuntik dengan hormon dan antibiotik supaya cepat membesar. Buah-buahan pula kebanyakkan yang diimport dari luar, dipetik dalam keadaan yang masih muda dan ia masak di atas kapal menunjukkan bahawa apa anda makan selama ini merupakan 'hampas' sahaja kerana khasiatnya kurang atau tiada.

Justeru, sebagai tambahan, disarankan untuk mengamalkan Jeli Gamat GOLD kerana ia bertindak sebagai Doktor Sel yang memulih dan meremajakan sel-sel anda. Ia juga kaya dengan Omega-3 yang bertindak menguruskan kolesterol dalam darah anda.

Selain itu, Jeli Gamat GOLD disarankan diambil bersama Spirulina Pacifica yang membekalkan 46 nutrien yang diperlukan sel badan setiap hari. Ia bertindak mendetoksifikasikan toksin dalam badan serta meneutralkan asid dalam badan kerana Spirulina Pacifica 100% alkali. Ia juga mempunyai pigmen anti kanser yang sangat tinggi ddan membekalkan tenaga yang mencukupi.

Sebagai pengganti kepada khasiat yang diperolehi daripada buah-buahan, anda boleh mengambil Bio C Compleks sebagai sumber vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imunisasi anda dalam melawan penyakit. Selain itu, Bio C membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Cuba dulu hari ini!





Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)