Apakah itu Hepatitis B




PENYAKIT HEPATITIS B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Virus Hepatitis B



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui :

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran.

3. Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi

1. Penagih dadah yang menggunakan suntikan.

2. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

3. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).

4. Pesakit Hemodialisis.

5. Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).

6. Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV

7. Mereka yang mengidap penyakit kelamin

8. Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

9. Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.

Tanda dan Gejala

� Gejala seakan-akan mendapat selesema
� Demam
� Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
� Keletihan dan lemah
� Hilang selera makan
� Loya dan muntah
� Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B

Berbentuk Akut:

� Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
� Mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk Kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)

� Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
� Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi

Sirosis hati - (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki.


Pengurusan Sendiri

Langkah-langkah umum yang perlu diambil :

� Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
� Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).

Cadangan Alternatif


Sebagai cadangan kepada penyelesaian bagi masalah ini, disyorkan untuk mengamalkan Jeli Gamat Gold yang dapat membantu untuk memulih dan meremajakan semula sel-sel hati yang telah lemah disebabkan oleh virus hepatitis. Ia juga membantu mengurangkan keradangan pada hati.

Spirulina Pacifica pula akan membantu untuk memberi khasiat yang mencukupi kepada sel bagi tujuan proses penyembuhan. Di samping itu, ia bertindak sebagai agen anti kanser yang dapat mencegah penyakit anda menjadi lebih teruk sehingga terdedah kepada risiko mendapat kanser hati.

Penyakit ini juga menyebabkan sistem imunisasi seseorang itu menurun. Oleh itu, Bio-C Complex dapat bertindak sebagai booster untuk tingkatkan sistem imun secara optimum. Namun, tempoh penyembuhan adalah bergantung kepada tahap penyakit dan keadaan badan setiap orang yang tidak sama.

Amalkan selama 3 hingga 6 bulan bagi mendapatkan kesan yang terbaik kerana proses penyembuhannya adalah secara semulajadi dan ia memerlukan sedikit masa namun yang pastinya ia tiada kesan sampingan terhadap kesihatan anda. Cubalah hari ini!





Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya