Nutrisi Untuk Otak




OTAK kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA

DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat Besi

Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Zink

Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

Asid Folik

Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram

Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.

2. Makanan Yang Mengandungi MSG

Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan :
1) Gangguan otak
2) Pertumbuhan terencat
3) Disleksia serta
4) Daya tahan penyakit terjejas.

Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.

3. Plumbum

Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak-kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.

Suplemen Tambahan Demi Kesejahteraan Anak Anda

Jeli Gamat GOLD sangat sesuai diamalkan kanak-kanak untuk membesar dengan sihat. Sebatian Bio Aktif bertindak membina sel-sel baru yang sihat, membekalkan blok binaan yang penting dalam proses tumbesaran. Kolagen semula jadi yang tinggi dalam gamat memelihara kulit supaya licin, gebu dan cantik. Mukopolisakarida yang terdapat dalam gamat pula memelihara sendi yang sihat, memberikan mereka tenaga dan kecergasan. Selain itu, 8 Zat Galian yang terdapat dalam gamat, membantu meningkatkan  kadar metabolik dan meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak.

Selain itu, kombinasi Jeli Gamat GOLD dan Spirulina Pacifica akan memberikan kesan yang lebih baik. Ini kerana Spirulina Pacifica membekalkan 46 zat yang diperlukan kanak-kanak setiap hari antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik perkembangan tubuh badan yang sihat. Disebabkan kelebihannya mengandungi 100% alkali, ia dapat meneutralkan asid berlebihan dalam badan serta bertindak sebagai agen detoksifikasi. Ramai yang telah mengamalkannya sejak sekian lama. Kepada ibu bapa, berilah anak anda suplemen Jeli Gamat GOLD dan Spirulina Pacifica sebagai amalan harian mereka.

Untuk tambahan, Krill Omega Plus merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada manusia sejagat sebagai kuasa pemulihan dari lautan yang kaya dengan antioksidan unik termasuk vitamin A, vitamin E, Astaxanthin, Canthaxanthin dan sebuah Flavonoid sumber laut novel. Astaxanthin merupakan elemen antioksidan yang paling berkuasa. Ia bertanggungjawab untuk memerangi radikal bebas dan melindungi penghalang darah ke otak termasuklah melindungi mata, otak dan saraf pusat.

Keistimewaannya berbanding Minyak Ikan biasa adalah Asid Lemak Minyak Krill bergabung dalam bentuk Fosfolipid sedangkan Asid lemak Minyak Ikan bergabung dalam bentuk Trigliserida. FOSFOLIPID membekalkan DHA & EPA secara terus kepada sel badan. Minyak Krill mengandungi 40% Fosfolipid sedangkan Minyak Ikan mengandungi 0% Fosfolipid. FOSFOLIPID membentuk sel membran badan manusia termasuk sel saraf. Krill bertindak 300 % lebih kuasa dari Minyak Ikan. Ia membantu meningkatkan memori anda dan tumpuan mental sebanyak 48%.

Cubalah hari ini!





Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)