Posts

Showing posts from October, 2013

Makan Jeli Gamat GOLD Sari Gamat Ada TINDAK BALAS Tak??

Image
Assalamualaikum. Hari ni admin kongsikan persoalan yang sering dialami mereka yang mengamalkan produk Jeli Gamat GOLD Sari Gamat  dan juga produk-produk kesihatan lain. Bukanlah semua yang merasai pengalaman ini. Antara 10 orang yang mengamalkan Jeli Gamat GOLD Sari Gamat, hanya seorang dua sahaja yang akan mengalami respon positif. Fungsi gamat yang sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mempunyai khasiat tradisi remedi semulajadi yang boleh merawat dan mencegah. Gamat juga bertindak seperti "mesin MRI". Hari pertama anda makan Jeli Gamat GOLD  Sari Gamat , gamat akan "scan" dari hujung rambut ke hujung kaki. Hari Ke-3, Gamat akan kesan masalah-masalah dalam badan yang perlu dirawat segera atau perlu diambil tindakan segera oleh empunya diri. Sebab tu, anda akan rasa tindak balas. Admin lebih suka mengunakan perkataan "Respon Positif" badan terhadap fungsi khasiat gamat. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang telah berlaku

Nasi Impit Moden atau Ketupat Daun Palas?

Image
Alhamdulillah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan kemudian tidak lama selepas itu adalah H ari Raya Korban . Aktiviti melapah lembu menjadi aktiviti yang paling tidak dapat dilupakan. Begitu juga juadah yang disediakan sungguh menyelerakan mengikut kepakaran masing-masing samada juadah tradisional mahupun moden. Admin nak kongsikan sedikit info buat renungan kita bersama. Kalau dulu kita buat nasi impit atau ketupat sumbat dalam daun palas, kini pakai plastik polythene (PET) dan humban ke dalam air yang panas mendidih. Suhu tinggi ini akan mempercepatkan tindakbalas terhadap plastik lalu menghasilkan bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kanser. Kita makan tanpa mahu memikirkan bagaimana ia dimasak dan kesannya kepada kesihatan kita. Jika anda lihat, plastik tersebut juga turut mengalami perubahan fizikal. Ia didapati semakin kembang berbeza dari keadaan asalnya. Malah perubahan dari segi warna juga berlaku. Sebelum dipanaskan, ia transparen,

Macam Mana GASTRIK Terjadi?

Image
Dalam bahasa mudah untuk difahami, masalah gastrik terjadi disebabkan lapisan bendalir yang bertindak sebagai buffer atau pemisah antara dinding perut dengan kawasan berasid dalam perut telah menipis dan seterusnya menyebabkan permukaan dinding perut terhakis. Bagi keadaan yang lebih serius ia boleh menjadi ke tahap ulser disebabkan dinding perut luka. DAN paling menakutkan dikhuatiri ia boleh menjadi kanser perut. Keadaan ini akan berlaku dengan lebih cepat apabila keasidan dalam badan terlalu tinggi. Ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Bagaimana Jeli Gamat GOLD & Spirulina Pacifica Remedi Terbaik Untuk Mengatasi Gastrik? Jeli Gamat Gold dapat membantu untuk masalah gastrik. Ia berfungsi untuk membina semula lapisan bendalir yang memisahkan antara dinding perut dengan kawasan berasid dalam perut serta memulih sel dinding perut yang telah terhakis, dan mungkin mengalami luka serta pendarahan.  Spirulina Pacifica pula ya

Minum Jelly Gamat Rasa PANASSS ??

Image
Tahniah!! jika anda telah pun mendapat pengalaman pertama setelah mengamalkan Jeli Gamat GOLD. Ketahuilah bahawa anda telah membuat keputusan tepat dengan memilih Jeli Gamat GOLD sebagai suplemen atau remedi semulajadi untuk kesihatan anda.  KENAPA MINUM JELI GAMAT BADAN RASA PANAS ?? Pernyataan ini adalah salah faham yang sering berlaku apabila anda mengamalkan gamat. Sebenarnya khasiat yang ada pada gamat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Tahukah kita bahawa kadar metabolisma bagi setiap individu adalah berbeza?  Pernahkah kita terfikir tentang mereka yang kurus dan kuat makan tetap kekal kurus, manakala mereka yang hanya makan sekali sehari mengalami masalah pertambahan berat badan. Antara faktor berlaku sedemikian adalah disebabkan oleh kadar metabolisma setiap individu itu tersebut. Apa Yang Dimaksudkan Dengan Metabolisma? Metabolisma adalah satu proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Metabolisme ini membabitkan tiga perkara asas,

Gamat Anti Kanser

Image
Alhamdulillah , setelah hampir 16 tahun Produk Gamat GOLD Luxor yang dahulunya dikenali dengan Jeli Gamat Serigama kembali menjadi sebutan ramai orang di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak di atas kuasa penyembuhan semulajadi yang terdapat pada gamat. Bermacam cerita dan testimoni yang direkodkan samada yang telah dibuktikan secara saintifik atau pun melalui pengalaman mereka yang telah mencubanya.. Masing-masing punya badan, sendiri rasa kenikmatannya. Cuma, admin mendapat persoalan yang mengatakan bahawa GAMAT punca sel kanser membiak berdasarkan kepada kefahaman bahawa gamat merangsang pertumbuhan sel baru jadi kepada mereka yang mengidap kanser, keadaan akan menjadi lagi teruk. Ada juga yang mendakwa gamat penyebab pengidap kanser. Adakah ia benar ? ----------------------------------------------------------------------------- Pernyataan di atas sebenarnya adalah salah faham tentang manfaat gamat & punca kanser. Admin sendiri merujuk kepada beberapa

Perlukah Membawa Anak Demam & Selesema Ke Klinik?

Image
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibodi dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH. Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibodi dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas. Cuma ada beberapa keadaan di mana ibu bapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik. • Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari. • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas. • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun. • Sels

Pernahkah Anda Terfikir Apa Yang Anda Makan Setiap Hari?

Image
Sebenarnya bila dah mula makan di luar, inilah risiko yang kita kena hadapi..bukan sekali tetapi berkali-kali kita sebagai pengguna sering didedahkan dengan kisah-kisah sebegini.. Kekotoran ada di mana sahaja..dan lebih menjijikan disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan dititikberatkan dalam soal penyediaan makanan bersih maka kita mudah diserang penyakit. Sebab itu, kita perlu kuatkan sistem imun supaya badan kita dapat menghadapi ancaman-ancaman penyakit yang berpunca daripada pemakanan. Ini baru sebahagian cerita..Justeru, eloklah kita mulakan langkah pencegahan awal dalam menguatkan sistem pertahanan badan, dapatkan nutrien yang lengkap yang diperlukan badan dan seimbangkan sistem dalam badan yang saling berkait. Bagi mencapai matlamat ini, Set EXCEL PACK PCN adalah jawapannya. Dapat segera dan mulakan perlindungan menyeluruh untuk seisi keluarga anda. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.

Kenapa Lelaki Mengalami Pasang Surut?

Image
Pasang Surut atau dipanggil ‘hernia’ berlaku apabila sebahagian daripada usus telah terkeluar dari bahagian perut dan membentuk bonjolan di kawasan antara perut dan peha. Pasang surut ini lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki bermula dari umur pertengahan sampailah kepada warga emas.  Bagaimana ia boleh berlaku? Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat. Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah. # Yang pertama , mungkin disebabkan seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar. # Yang kedua , masalah ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu sering melakukan kerja