APAKAH GAMAT?




TIMUN LAUT adalah haiwan invertebrata (tanpa tulang) marin mendiami kawasan bentik dan laut dalam. Timun laut meliputi 90% biojisim dasar laut, justeru itu merupakan komponen penting dalam ekosistem marin. Jumlah spesies timun laut dianggarkan melebihi 1200 dengan spesies baru dibincangkan setiap tahun sekali gus membuktikan bahawa kemampuan manusia termasuk dalam menerokai rahsia alam sebenarnya adalah amat terbatas seperti firman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhammad) : “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan” - (Surah Al-Kahfi : 109)


Menurut Prof Ridzwan Hashim, berbagai panggilan tempatan terhadap timun laut Malaysia telah diberikan mengikut suku kaum etnik tempatan samada sebagai bat, balat (Sabah), trepang (Indonesia), brunok, hoi-sum (Orang Cina) atau gamat (orang Melayu). Orang Portugis pula menyebut timun laut sebagai beche-de-mer. Rupa bentuk, saiz dan warna timun laut adalah berbagai dan bergantung kepada spesies.


Bagi penduduk pesisiran pantai Semenanjung Malaysia, spesies timun laut Stichopus horrens (2012) atau terkini Stichopus variegatus daripada Genus Stichopus yang lebih dikenali sebagai ‘gamat emas’ kerana warna badannya yang kekadang kelihatan dalam air seperti tongkol emas. Spesies gamat ini merupakan spesies paling terkenal di kalangan para pengamal perubatan tradisional sebagai antara sumber ubat-ubatan dalam rawatan tradisional. Gamat spesies ini hanyalah dimakan semata-mata untuk merawat sesuatu penyakit dalaman. Namun, perlu difahami di sini, Gamat adalah timun laut dan bukan semua timun laut itu adalah gamat!


Sebenarnya cerita tentang gamat ada diceritakan dalam Al Quran :


Gamat mendapatkan makanannya daripada pati tanah iaitu nutrien yang terdapat dalam pasir di dasar lautan dengan menyedut pasir ke dalam mulutnya. Segala nutrien yang terdapat dalam tanah tadi diserap ke dalam badan gamat. Kemudian, hampas tanah tadi dikeluarkan semula daripada badan gamat menjadi "baja" kepada hidupan lain di atas tanah di dasar lautan. Sebab itu, jika anda dapatkan gamat yang original, apabila anda belah badannya, anda akan dapati terdapat butiran pasir laut di dalam badannya. Sebab itu, gamat sangat kaya dengan pati tanah. Ia satu-satunya makanan laut yang zero kolesterol.

Hari ini kita lihat kenapa manusia kerap sakit dan banyak penyakit wujud disebabkan kita kurang makan makanan daripada pati tanah. Ini diceritakan dalam Al-Quran tentang asal kejadian manusia iaitu berasal dari saripati tanah.



Jadi, kurangnya pengambilan makanan berasaskan pati tanah menyebabkan sel badan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Contoh makanan berasaskan pati tanah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ayam dulu seperti ayam kampung makan makanan daripada pati tanah tetapi ayam moden masa kini mengambil masa 40 hari untuk membesar. Sebab itu, ramai yang sakit hari ini. Justeru, untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik, kita harus kembali semula kepada asal usul kita kerana di situ punca bermula segala-galanya. DAN berita baiknya, gamat kaya dengan pati tanah.


Gamat - Warisan Malaysia

Sejak beberapa ratus tahun dahulu, masyarakat Melayu telah menggunakan gamat sebagai ubat serbaguna dan makanan kesihatan untuk mencegah penyakit, kekal sihat dan cergas. Menurut Lagenda Langkawi, Puteri Mahsuri menggunakan gamat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Buku Perubatan Cina yang terkenal juga mencatatkan kehebatan dan keberkesanan gamat yang diumpamakan sebagai “Ginseng” dari laut.



Jumlah spesies (jenis) timun laut dianggarkan 1,200 spesies di seluruh dunia. Di Perairan Malaysia pula terdapat lebih daripada 43 jenis timun laut di pantai-pantai seperti Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tetapi yang selamat tanpa kesan sampingan untuk dimakan dan digunakan sebagai sumber perubatan tradisional hanya 4 jenis spesies gamat sahaja.

Warna timun laut adalah berbagai-bagai, biasanya bercampur-campur; kelabu, hitam, perang, putih tompok hotam dan sebagainya. Malah, spesies yang paling tinggi nilai perubatan, berkhasiat dan berkualiti tinggi ialah gamat yang berwarna kuning keemasaan iaitu gamat emas (nama saintifiknya ialah Stichopus horrens (2012) dahulunya dikenali dengan Stichopus hermanii DAN terkini Stichopus variegatus).



Kajian & Penyelidikan Saintifik Terhadap Gamat

Pelbagai kajian telah dikendalikan di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea untuk mengenalpastikan nilai perubatan dan keajaiban gamat. Ia membantu orang mengatasi masalah tekanan darah, asma, reumatisme, luka-luka, kencing manis dan lain-lain lagi.

Gamat “Senjata baru Malaria”, kajian yang dibuat oleh penyelidik London seperti dilaporkan di akhbar The Star, 24 Disember 2007, Isnin.




Saintis tempatan juga menjalani pelbagai kajian mengenai gamat yang misteri ini seperti 2 institusi yang berikut :

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Keberkesanan gamat (Stichopus variegatus) terhadap masalah penyakit / keadaan berikut :

- Mengecutkan rahim. (Bagus kepada wanita selepas bersalin)

- Kardiovaskular (saluran darah)

- Menormalisasikan tekanan darah kepada tahap yang normal

- Penyembuhan luka

- Anti-bakteria (kebersihan diri terutama wanita yang mengalami masalah keputihan)


2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Profesor Dr. Ridzwan Hashim (Bapa Gamat Malaysia)


- Profesor Sains Bio Perubatan dan Timbalan Pengarah Kampus, UIAM, Kuantan.

- Minat beliau dalam gamat bermula sejak tahun 1983 semasa berkhidmat di kampus cawangan UKM, Sabah. Hasil penyelidikan beliau, telah diterbitkan dalam karya-karya berikut :

1. Sumber Makanan Laut Sabah (1993) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - terbitan pertama dalam bidang ini di Malaysia.

2. Gamat (2004) diterbitkan oleh Luxor Network Sdn Bhd. Dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa spesies gamat emas adalah amat selamat dimakan dan mempunyai nilai terapeutik dan khasiat yang tertinggi!

3. Sea Cucumbers : A Malaysian Heritage (2007), diterbitkan oleh UIAM.

- Beliau dan kumpulan penyelidiknya telah menjalani pelbagai kajian tentang keberkesanan gamat (Stichopus variegatus) terhadap masalah penyakit / keadaan berikut :

1. Kesan analgestik (Penahan sakit semulajadi)

2. Artritis aruhan

3. Saluran koronari (saluran darah)

4. Menghalang respon kekejangan perut

5. Leukosit (sel darah putih)

6. Gastrik

7. Anti-kanser & lain-lain seperti jadual berikut :


* Nama saintifik terkini bagi spesies gamat emas adalah Stichopus variegatus 

Jadual : Spesies Timun Laut Berpotensi Sebagai Sumber Terapeutik (Ridzwan et al., 2007)


Perintis Teknologi Ekstrak Dalam Penghasilan Produk Gamat Secara Saintifik
  

AKADEMI JARI EMAS sebuah entiti bisnes yang telah ditubuhkan sejak 2010 telah mengetengahkan produk kesihatan yang terunggul di dunia berasaskan gamat sebagai remedi tradisional untuk gaya hidup keluarga moden hari ini. 

TERBARU melalui jenama TRADISEA, Akademi Jari Emas tekad untuk melaksanakan misi evolusi jihad ekonomi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui perniagaan gamat. Nilai dan kemujaraban produk gamat Royal Gamat Liquid Tradisea telah mula memanfaatkan ramai pengguna di Malaysia. Ini juga telah membuka peluang perniagaan baru kepada para RAKAN STARTEGIK untuk mengembangkan jenama Royal Gamat Liquid Tradisea ke pasaran baru seperti di Singapura, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara lagi. Insyaallah.

Untuk mengangkat nilai produk Warisan Malaysia berasaskan gamat, Akademi Jari Emas kini telah bekerjasama dengan pengkaji gamat no 1 negara iaitu Dr Zaiton Hassan yang berlatarbelakang seorang Doktor Falsafah dalam bidang Sains Dan Teknology Makanan dari Texas A&M University, USA untuk memartabatkan industri produk kesihatan dan kecantikkan berasaskan gamat sebagai satu KHAZANAH MALAYSIA DARIPADA LAUT.


Khasiat & Kebaikan Royal Gamat Liquid Tradisea

 
🦠 Sebatian Bio-Aktif 
- Memulihkan & Meremajakan sel-sel 
- Mencegah tumor 
 
🦠 Kondroitin Sulfat & Glukosamin 
- mengurangkan Keradangan & Kesakitan 
- Meningkatkan daya ketahanan badan 
 
🦠 Kolagen 
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka 
- Membantu memperbaiki masalah kulit 
 
🦠 Omega 3 
- Membantu Melindungi Jantung & Menormalkan paras kolesterol 
 
🦠 Mukopolisakarida (MPS) 
- Menambahkan lagi kekenyalan dan daya ketahanan pada kulit atau tisu penghubung 
- Penting untuk fungsi sendi yang sihat 
 
🦠 8 jenis Zat Galian 
- Merangsang pertumbuhan sel badan yang sihat 
- Merangsang metabolisma badan 
- Membantu menormalkan paras gula dan darah

🦠 Glikosaminoglikan (GAGs)
- Pengaturan Pertumbuhan Sel
- Mampu Menguatkan Gentian Rambut Sekaligus Membantu Mengekalkan Kesihatan Dan Kecantikan Rambut.
- Mengurangkan Pembekuan Darah.
- GAGs Adalah Zat Yang Menarik Air Ke Lapisan Kulit Yang Lebih Dalam Untuk Meningkatkan Hidrasi Di Kulit Dengan Mengurangi Kerutan Dan Garis-garis Halus.
Merawat Masalah Sendi Seperti Arthritis 

Selepas masalah penyakit bertambah baik, adalah dinasihatkan supaya teruskan amalan pengambilan Royal Gamat Liquid Tradisea sebagai makanan kesihatan, ia membantu mencegah penyakit daripada kembali semula, di samping mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Pengambilan makanan kesihatan ini harus dijadikan sebagai amalan harian untuk membantu kita mencegah pelbagai penyakit, kekal sihat dan cergas.

Untuk mencapai “The GOLD Standard of Health”, selain mengamalkan makanan kesihatan, kita juga perlu melakukan senaman, menjalani cara hidup yang sihat, dan sentiasa ceria dan gembira!

Rancangan TV3 telah menayangkan “Rahsia Kesihatan dan Kecantikan dari Timur - Gamat” pada tahun 2007. Menurutnya rahsia ini telah diturun temurun oleh nenek moyang di kalangan masyarakat Melayu sehingga kini. Mengurut menggunakan minyak gamat dan amalan makan gamat dipercayai boleh menyembuh luka dalaman, di samping memberi tubuh badan yang langsing dan cantik kepada seseorang ibu selepas bersalin. Urutan pada rambut dengan minyak gamat juga boleh menguatkan struktur rambut dan menyihatkan rambut. Penggunaan berterusan produk muka gamat membolehkan muka menjadi licin, lembut dan cantik.



Disediakan oleh,


Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya