Sering Alami Resdung Hingga Rasa Tak Selesa?


Selalu bersin, hidung berair atau alami kegatalan pada bahagian mulut, mata dan kulit? Jika jawapan anda adalah ya, anda mungkin sedang mengalami alahan rhinitis atau penyakit resdung. Tetapi, apakah punca resdung yang anda alami?

Resdung (resah hidung) atau allergik rhinitis merupakan salah satu tindakbalas alahan badan. Ia selalunya disebabkan oleh faktor allergen (penyebab alahan) atau keadaan persekitaran. 

Untuk pengetahuan anda, alergen seperti habuk dan debu merupakan bahan yang tidak mencetuskan sebarang bahaya kepada manusia yang normal.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alergi rhinitis, badan anda menganggap allergen tersebut sebagai sesuatu yang berbahaya.

Perubahan suhu, makanan laut, debu, asap dan bauan boleh menyebabkan resdung. Faktor tadi perlulah dikenal pasti dan sebaik-baiknya dielakkan.

Oleh sebab itu, faktor ini membuatkan badan akan mula merembeskan hormon yang dikenali dengan nama histamin.

Histamin akan menyebabkan lapisan mukosa pada kawasan hidung, mata dan tekak mengalami inflamasi dan gatal-gatal ketika ia berusaha untuk menyingkirkan allergen tersebut.

Sebab itulah anda akan mengalami simptom lazim resdung seperti hidung tersumbat dan kerap bersin.

Sukar untuk pesakit alahan rhinitis mengelakkan reaksi alergi, lebih-lebih lagi jika ia berpunca daripada debunga, habuk dan haiwan peliharaan.

Jika keadaan semakin serius, hingus akan tersumbat ke dalam ruang sinus maka terjadilah sinusitis. Ini dikenali dengan hingus yang kotor (hijau/kuning), nafas yang berbau, tekak yang selalu sakit dan sakit kepala tertumpu di sekitar hidung dan dahi. Sinusitis memerlukan rawatan doktor seperti antibiotik dan kadangkala pembedahan.

Kesimpulan

Hingga hari ini, pakar masih lagi tidak pasti apakah yang menyebabkan sensitiviti terhadap alergen. Malah, jika anda mempunyai sejarah alahan di dalam kalangan keluarga, risiko untuk anda alami alahan yang sama juga lebih tinggi.

Salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting ialah tempat tinggal pesakit.

Kajian mendapati, jika penghidap alergi tinggal di rumah yang kotor dan dipenuhi hama, pesakit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami alergi apabila dewasa.

Sama jugalah jika mereka tinggal sebumbung dengan individu yang merokok.

Pendek kata, jika ingin mengurangkan masalah alahan, pesakit perlulah mencari cara untuk melakukan pembersihan berkala untuk menghapuskan debu dan hama di rumah.

Jangan tunggu hingga simptom alahan menjadi teruk sebelum mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Berjumpalah dengan doktor secepat mungkin supaya anda boleh mendapatkan kelegaan daripada ketidakselesaan yang berlaku disebabkan resdung.


Cadangan Penyelesaian Untuk Solusi Dalaman & Luaran :

Royal Gamat Liquid Tradisea mempunyai kesan anti-histamina semulajadi yang dapat mengawal tindakbalas alahan dan mengurangkan keradangan. Ia membantu memulihkan kesan resdung secara semulajadi. Ia juga boleh mengelakkan ruang sinus menjadi tersumbat dan pastinya memberikan kelegaan untuk anda bernafas dengan bebas.


C-Guard Plus bukan sekadar Vitamin C biasa. Ia memberikan perlindungan 5 dalam 1 yang mengandungi Cendawan Susu Harimau yang telah digunakan secara turun temurun untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan termasuklah menguatkan paru-paru, melegakan batuk, asma, dan resdung serta menguatkan ketahanan badan.

Bagi mereka yang sedang mengalami kebengkakan atau rasa gatal pada bahagian muka, boleh gunakan Miracle Soothing Gel untuk disapukan pada keseluruhan bahagian muka atau tempat yang memberikan kesan allergy untuk mengurangkan kesan keradangan.

Untuk masalah hidung sumbat dan menyukarkan pernafasan, oleskan sedikit minyak Aromaterapi Massage Oil (AMO) di bahagian hidung dan bawah lubang hidung. Bauan aromaterapi akan memberikan kelegaan pada bahagian hidung yang tersumbat.


Cara pengambilan :

Royal Gamat Liquid Tradisea :
Untuk pencegahan : 1 Sudu pagi dan 1 sudu malam
Untuk rawatan : 2
 Sudu pagi dan 2 sudu malam

C-Guard Plus 
1 biji pagi dan 1 biji malam

Miracle Soothing Gel
Sapukan di seluruh bahagian muka atau tempat yang memberikan kesan alergi seperti bengkak, kegatalan untuk mengurangkan kesan keradangan.

Aromaterapi Massage Oil (AMO) :
Oleskan sedikit minyak di bahagian hidung dan bawah lubang hidung. Bau aromaterapi akan memberikan kelegaan pada bahagian hidung yang tersumbat.



Untuk info lanjut sila hubungi :

DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Sari Gold bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)