Darah Rendah (Tekanan Darah Rendah)


Masalah tekanan darah rendah atau hipotensi sering terjadi kepada wanita di bawah umur 30-an. Bacaan tekanan darah rendah adalah bergantung kepada umur yang mana usia muda boleh menerima tekanan darah rendah tanpa sebarang simptom.

Tekanan darah normal di kalangan orang dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.

Dr. Ismail turut menjelaskan tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.

Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

“Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.

“Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.

“Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini. (Klik untuk artikel penuh @ Utusan Online)

Cadangan Penyelesaian :

Jelly Gamat GOLD membantu memulihkan luka-luka dalaman yang kita tidak nampak, menguatkan fungsi organ serta mencegah alahan. Namun, tidak begitu digalakkan untuk masalah ini kerana ia juga boleh menurunkan tekanan darah bagi kes tertentu. Didapati mereka yang mempunyai tekanan darah rendah apabila mengamalkan gamat selalunya akan berasa pening jika tiada masalah kesihatan yang lain. Namun, terdapat juga kes yang tekanan darah menjadi normal semula setelah mengamalkan gamat buat beberapa jangkamasa.


Walaubagaimanapun jika ingin mencuba, dicadangkan pengambilan Jelly Gamat GOLD selepas makan dan amalkan bersama Spirulina Pacifica, di mana penjagaan sistem penghadaman yang sihat boleh menjurus kepada kesihatan badan yang lebih seimbang. 


Selain itu,  Spirulina Pacifica membekalkan nutrien-nutrien penting dalam penghasilan sel darah merah terutama kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Anda juga digalakkan untuk memakan makanan segar (buahan dan sayuran), minum air yang banyak dan mengamalkan senaman secukupnya.

Cara pengambilan :

Dalaman :
Jelly Gamat GOLD :
(1 Sudu pagi dan 1 sudu malam selepas makan)

Spirulina Pacifica :
(5 biji pagi dan 5 biji malam - jika perlu boleh tambah 5-10 biji lagi mengikut keperluan badan masing-masing)

Testimoni :





Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)