Tips Wanita Mengekalkan Kesihatan Dan Kecantikan



SERING terjadi apabila wanita yang berusia 30 tahun keatas mula lupa menjaga penampilan diri dari segi pemakaian dan kesihatan. Terutamanya wanita yang sudah berumah tangga.

Punca dan faktor utama adalah disebabkan kesuntukkan masa untuk menguruskan diri sendiri dan mengambil sikap ala kadar ditambah lagi dengan kesibukkan menguruskan rumah tangga, anak-anak, kerja pejabat dan hal-hal lain.

Kesihatan dan penampilan diri harus kita titikberatkan supaya sentiasa nampak kelihatan bertenaga, sihat, segar dan bergaya. Saya pasti ramai wanita yang berkeluarga berkeinginan mempunyai ruang untuk memanjakan diri sendiri.

Saya ingin berkongi sedikit tips super power untuk wanita bagaimana mengekalkan kesihatan dan penampilan diri yang baik tanpa meninggalkan rutin harian anda yang sentiasa sibuk.

Sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk diri anda.

Pemakanan Dan Diet Yang Seimbang.

Amalkan pemakanan yang seimbang, ianya penting kerana kawalan makanan dapat melambatkan proses penuaan.

Harus kita elakkan makanan berlemak, seeloknya banyakkan makan makanan yang direbus seperti ikan, daging dan produk tenusu rendah lemak, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Di samping pemakanan yang seimbang dan bersenam, badan kita juga memerlukan supplement untuk membantu keseimbangan diet dalam badan kita. Pengambilan meal supplement juga perlu untuk mengekalkan diet yang seimbang.

Terdapat beberapa sumber makanan dalam alam semula jadi yang tinggi dalam antioksidan. Masukkan dalam diet harian anda, ia berkesan menjaga kulit anda dari penuaan.

Sumber makanan yang tinggi dalam antioksidan termasuk blueberry, strawberry, acai berry, tembikai dan teh hijau.

Mineral

Minum banyak air, ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.

Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.

Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Vitamin

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.

Jadi pengambilan vitamin adalah salah satu alternatif terbaik dan ianya cukup sesuai disamping dapat membantu menyelesaikannya.

Anda juga perlu mencari keseimbangan dalam semua nutrien penting dalam diet anda dengan semua vitamin dan mineral yang anda ambil untuk kesihatan yang baik seperti Vitamin A, C, E dan zink serta kalium.

Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.

Penjagaaan Wajah

Guna pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.

Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka anda . Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit muka kita.

Elakkan bermekap tebal, wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana.

Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

Senaman Dan Kekal Sihat

Latih minda anda dengan melakukan teka-teki, mengambil kelas senaman, membaca dan menulis.

Supaya anda sentiasa peka, bijak dan tidak ketinggalan zaman dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling anda.

Sentiasa bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.

Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Penampilan Cantik, Kemas Dan Menarik

Apabila kita meningkat umur, kita mula malas untuk berpenampilan cantik, kemas dan menarik, ini harus dielakkan.

Di dalam Islam juga menggalakkan wanita sentiasa menjaga penampilan diri, maksud saya bukan berpenampilan seksi tetapi biarlah apa yang kita pakai kelihatan kemas dan menarik. Kena dengan keadaan semasa.

Penampilan yang menarik mampu memberi keyakinan kepada diri kita dalam melakukan kerja- kerja dan aktiviti harian.

Ringkasan Tip Untuk Wanita

Ada perbezaan diantara wanita yang mengamalkan dan tidak mengamalkan tip-tip diatas. Banyak kita lihat wanita yang kurang berkeyakinan dalam bergaul, lemah, takut, suka mengasingkan diri.

Ini antara sebab seseorang wanita itu merasa murung, cepat penat, tekanan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Kita hendaklah sentiasa amalkan sikap positif, sentiasa ceria selalu terutama bersama orang yang tersayang.

Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan dan menghilangkan tekanan didalam diri.

Lakukanlah untuk diri anda dan keluarga anda, bukan untuk orang lain

Kredit to : http://www.akmaomar.com

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)