"SAYA DAH BOLEH PAKAI KASUT SEJAK GOUT SAYA DAH HILANG"
"SAYA DAH BOLEH PAKAI KASUT SEJAK GOUT SAYA DAH HILANG" . GOUT merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing. . Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. . Berbeza situasi dengan pesakit gout, apabila badan mereka hilang keupayaan membuang asid berlebihan ini, bahan kumuhan kemudiannya terkumpul di sendi dan membentuk hablur asid. Ini akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). . Kejadian batu kar...