Menyesal Tidak Berpantang Betul

 


Rahim wanita ibarat sebuah kilang yang sentiasa bekerja menghasilkan produk yang baik. Jika produktiviti kilang tersebut baik, maka produk yang dihasilkan juga baik.

Tapi ramai wanita yang tidak mengambil berat akan "kilang" mereka. Sedangkan itulah satu-satunya rahim yang dikurniakan Allah kepada wanita.

Mari kita menyusuri kenapa rahim wanita perlu dijaga dengan baik..

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Malah dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Adakah pengalaman-pengalaman yang mereka lalui ini terlalu ringan? atau Terlalu sedikit?

Berhakkah sesetengah pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."

Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana si ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Di situ anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Amalkan Set Excel Pack PCN ini sebagai perlindungan kepada Rahim anda samada untuk Kesuburan, Semasa Kehamilan & Semasa Berpantang Selepas Bersalin.




RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)