Posts

Showing posts from September, 2013

2.6 juta Hidap Kencing Manis - Subramaniam

Image
Oleh ZULHISHAM ISAHAK SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka. "Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup. "Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat ...

Awasi Demam Anak Anda

Image
AWASI demam anak anda sekiranya disertai gejala seperti cirit-birit, kekejangan dan muntah yang berterusan. – Gambar hiasan PERUBAHAN cuaca akan menyebabkan kanak-kanak kecil mudah mendapat demam tetapi ada beberapa gejala penyakit itu yang perlu diambil serius oleh ibu bapa. Menurut pakar kanak-kanak dari Rumah Sakit Ibu dan Anak Evasari di Jakarta, Indonesia, Dr. Frieda Handayani, semasa demam, kanak-kanak berusia tiga bulan hingga lima tahun mudah dijangkiti kuman dan tubuh mereka boleh menjadi kejang kerana suhu badan yang tinggi. “Jika anak demam dan mengalami kekejangan yang berterusan ia boleh mengganggu fungsi otak mereka,” katanya seperti dilaporkan akhbar dalam talian, Kompas.com baru-baru ini. Menurut Dr Frieda, kanak-kanak itu juga akan diserang cirit-birit dan muntah tiga hingga empat kali sehari. Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang terhadap penjagaan anak mereka mendapati terdapat tan da-tanda awal demam itu dengan tidak diselubun...

Ekzema Kronik Punca Asma

Image
Apabila sesebuah negara menjadi lebih maju dari segi teknologi dan industri, kes asma dan penyakit alahan akan meningkat secara berterusan. Dalam kesibukan Malaysia dan negara rantau Asia mengejar kemajuan ekonomi, kita tidak dapat menafikan peningkatan kesan penyakit ini kepada pesakit. Asma terjadi berikutan faktor lain termasuk genetik dan pengaruh alam sekitar seperti pencemaran. Salah satu daripada isyarat awal yang menunjukkan peningkatan risiko alahan asma ialah ekzema. Perunding Asma, Alahan dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo berkata, penyakit asma bukan entiti tetapi sindrom. Ini bermaksud banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini. “Sehubungan itu, rawatan terhadap asma adalah proses yang rumit dan tindak balas kepada rawatan bergantung kepada tahap keradangan pada saluran pernafasan. “Pesakit yang mengalami ekzema kronik mengalami 65 peratus risiko untuk dijangkiti asma dalam hayat mereka. Ekzema muncul sebagai suatu gangguan kepada lapi...

Alahan Penyebab Ekzema

Image
RENGSA pada kulit bayi biasanya akan menyebabkan bayi meragam manakala ibu bapa pula tidak selesa. Kerengsaan kulit yang berlaku ini dinamakan ekzema iaitu keadaan kulit yang kering dan gatal. Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, ekzema biasanya menyerang bayi yang berusia kurang dua tahun. "Lazimnya ia beransur-ansur sembuh menjelang usia belasan tahun tetapi ada yang berterusan sehingga dewasa. Sebenarnya ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai," katanya kepada Pancasihat di pejabatnya baru-baru ini. Beliau menjelaskan ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti pencuci. Kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, ...

Tips Mengecutkan Perut & Rahim

Image
Ini petua orang tua-tua dan saya dapat daripada nenek saya sendiri yang berbangsa Jawa. Tapi tak tau la kot bangsa lain pun ada amalkan. Caranya begini. Ambil param dan campurkan dengan kapur, perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian sapukan pada perut dan pakai la bengkung. Tapi saya bagi tau awal-awal la ye pakai ni memang la sangat gatal tapi memang sangat berkesan dan perut tak buncit. Pengalaman saya nak kurangkan rasa gatal tu saya sapu Gel Gamat GOLD dulu sebelum sapu campuran param tu. Lagi satu tips tambahan, bagi anda yang rasa macam renyah je hendak ber'param', makan je Jeli Gamat GOLD. Nak cepat nampak kesan makan 2 sudu pagi & 2 sudu malam. Ok ibu-ibu yang sedang berpantang, selamat mencuba ye.. Untuk Pesanan (Klik)

RESIPI Menghilangkan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat

Image
Sediakan sup bawang merah dan madu dengan mendidihkan potongan-potongan bawang merah dalam madu, dan tutup selama setengah jam. Kemudian, pindahkan dari dapur dan sejukkan ia selama 10 minit. Bawang putih dimasukkan akhir sekali kerana khasiat bawang putih hilang sekiranya dipanaskan. Kaedahnya Tambahkan 6-8 biji ulas bawang putih yang dikupas dan dihancurkan. Tutup, dan biarkan ia terendam selama 1 jam. Kemudian minum 1 sudu teh sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Rujukan >> Buku Rasulullah Is My Doctor -------------------------------------------------- Jeli Gamat GOLD juga mempunyai khasiat untuk mencegah dan merawat penyakit. Ia dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda supaya dapat menghadapi serangan patogen penyakit dari luar. Bagi menambahkan lagi keberkesanannya, Jeli Gamat GOLD diambil bersama dengan Bio C Complex . Jika ketika anda rasa tidak sedap badan, telan 2 sudu gamat pagi & malam serta 2...

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Image
** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be  Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: * Dilarang Tidur Tidak Berbantal Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. * Memakai Sarung Kaki (Stokin) Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu. * Jangan Duduk Mencangkung Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah. * Mandi Duduk Di Bangku Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan pe...

Penawar Kanser Dalam AL Quran

Image
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :  1. Istighfar 10x.  2. Salawat Nabi 10x.  3. Al-Fatihah 1x.  Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.  1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).  2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).  3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).  4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).  5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).  6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).  7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).  8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-7...