2.6 juta Hidap Kencing Manis - Subramaniam



Oleh ZULHISHAM ISAHAK


SEGAMAT 22 Sept. - Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka.

"Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup.

"Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Buloh Kasap, dekat sini hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan merasionalisasikan subsidi gula sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan itu dalam usaha membendung peningkatan penghidap diabetes yang semakin meningkat setiap tahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, pengurangan subsidi harga gula boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga rakyat bersedia untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian mereka.

"Bagaimanapun pada peringkat awal, mereka terlibat dalam perniagaan makanan yang banyak menggunakan gula dikecualikan daripada pemotongan subsidi ini," katanya.

Sejajar dengan langkah itu, beliau mengajak peniaga makanan dan minuman tidak meletak gula dalam minuman yang dipesan pelanggan untuk menggalakkan masyarakat kurang menggunakan bahan tersebut, sebaliknya menyediakan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada mahu mengambil gula atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Hospital Daerah Segamat akan menambah tiga pakar lagi iaitu pakar mata, patologi dan hidung serta telinga dalam usaha menaik taraf hospital tersebut sebagai sebuah hospital pakar.Setakat ini, hospital tersebut menyediakan 13 doktor pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di daerah ini dan sekitarnya.

Utusan Malaysia, Isnin, 20/09/2013.

PENYELESAIAN MENYELURUH

Jika anda mengalami masalah gangren atau luka teruk kesan kencing manis, atau tahap kencing manis sudah sampai ke tahap cucuk insulin, anda perlukan penyelesaian menyeluruh iaitu melalui set Proaktif PCN iaitu kombinasi Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica, Bio C Complex & Krill Omega Plus. Ini penting kerana Gamat akan memperbaiki semula sel-sel organ dan menguatkan fungsi organ. Spirulina Pacifica membekalkan zat yang mencukupi untuk sel mendapatkan makanannya, Bio C Complex meningkatkan imun system dan membantu mengawal paras gula dalam darah dan terakhir Krill Omega bertindak seimbangkan hormon  dan sistem fungsi dalam badan.


Atau jika tahap diabetes anda melibatkan paras gula dalam darah yang tidak normal, disarankan mengambil Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica & Bio C Complex.



Untuk Pesanan (KLIK)



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)