Posts

Showing posts from May, 2013

PUNCA RAHIM JATUH (PROLAPS RAHIM) ATAU TOMBONG & MANFAAT GAMAT & KACIP FATIMAH UNTUK MEMBANTU

Image
Pernahkah anda mendengar akan hal ini??  Rahim jatuh atau Tombong sering dikaitkan dengan amalan berpantang yang tidak sempurna. Generasi muda masa kini sering dilihat mengabaikan tentang amalan berpantang. Ikuti juga penjelasan daripada Dr Zubaidi mengenai Rahim Jatuh . . Rahim jatuh (uterine prolaps) berlaku apabila otot dan ligamen lantai pelvis menjadi lemah , menyebabkan rahim jatuh dari kedudukan asalnya ke dalam atau melalui faraj. Berikut adalah beberapa punca utama rahim prolaps dan bagaimana gamat dan kacip fatimah boleh membantu : . Punca Rahim Jatuh (Tombong) . 1) Kehamilan dan Bersalin : Kelahiran normal, terutamanya kelahiran berulang atau sukar, boleh menyebabkan otot pelvis menjadi lemah. . 2) Proses Penuaan : Apabila usia meningkat, otot dan ligamen lantai pelvis secara semula jadi menjadi lemah, menyebabkan risiko rahim jatuh lebih tinggi. . 3) Kekurangan Estrogen Selepas Menopaus : Penurunan hormon estrogen selepas menopaus boleh menyebabkan kelemahan pada...

Apa Yang Masyarakat Tidak Diberitahu : Part 1

Image
Apa yang masyarakat tahu:  MSG ialah bahan perisa makanan yang buat makanan jadi sedap Apa yang masyarakat tak tahu:  MSG ialah sejenis excitotoxin - bahan yang merangsang deria rasa tapi boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak. Apa yang masyarakat tahu:  Produk sugar-free tidak mengandungi gula dan sesuai untuk penderita diabetes. Apa yang masyarakat tak tahu:   Kebanyakan produk sugar-free mengandungi aspartame, sejenis excitotoxin yang boleh meningkatkan tekanan darah, menambah berat badan dan malangnya - menyebabkan diabetes. Apa yang masyarakat tahu:  Sirap jagung berasal dari jagung dan ia adalah bahan semulajadi. Apa yang masyarakat tak tahu: Sirap jagung memang berasal dari jagung, tapi dari spesies jagung yang tidak boleh dimakan, dihasilkan melalui formula kejuruteraan genetik dan ia bukan produk semulajadi. ia boleh menyebabkan obesiti dan diabetes. Apa yang masyarakat tahu:  Fluorida baik...

Kenapa Kita Perlukan Vitamin Dan Suplemen?

Image
Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin. Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin atau suplemen : 1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan. 2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut. 3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak. 4...

7 Makanan Yang Membantu Membakar Lemak

Image
Masalah berat badan merupakan masalah yang membuatkan kita menjadi stress untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Kita juga boleh membakar lemak walaupun ketika kita makan. Antara 7 makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah : Bawang Putih/Merah Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. Tomato Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. Putih Telur Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses memba...

Kenapa DULU lain, SEKARANG lain?

Image
Tahukah anda, sebenarnya badan manusia mempunyai keupayaan untuk melawan penyakit & mampu merawat diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada ubat hospital. Namun, disebabkan oleh faktor gaya hidup moden yang diamalkan, corak pemakanan yang tidak seimbang, pencemaran, stres melampau dan sebagainya menyebabkan kita telah kehilangan keistimewaan ini. Antara yang paling ketara adalah sistem imun yang sangat lemah. Cuba kita lihat semula keadaan tok moyang kita atau zaman atuk & nenek kita semasa kecil. Jika dahulu kanak-kanak suka bermain hujan namun jarang demam tapi lihat kanak-kanak hari ini, terkena sedikit hujan, malam suhu badan mula naik. Jika dahulu, kanak-kanak bermain di padang atau di luar rumah tanpa memakai selipar atau kasut tetapi kaki mereka jarang mendapat masalah kudis dan sebagainya. Tapi pada hari ini, cubalah beri anak-anak bermain di luar rumah tanpa memakai selipar. Agak-agak apa akan berlaku? BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN SEMULA KEKUATAN SEM...

Kasih Sayang Kepada Penggemar Mee Segera

Image
Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb) Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah d...

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

Image
DARI  bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.  Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)… FAKT...

Kenali 5 Penyakit Utama Wanita

Image
Gambar menunjukkan simptom wanita yang menopous. Menopaus Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus. Perkara kecelaruan perasaan ini berlaku disebabkan oleh ke...