Tips Minum 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Ramadhan



Alhamdulillah, semakin nak masuk bulan puasa ni, semakin panas pulak cuaca sekarang. Ini adalah satu cabaran umat Islam ketika berpuasa. InsyaAllah pahala berganda-ganda menanti kita umat Islam.

70 peratus daripada badan kita adalah air. Justeru itu, pengambilan air yang mencukupi sewaktu bulan puasa ni sangatlah penting supaya kita tak terdehidrasi. Kena pula cuaca panas sekarang ni, tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan.

Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan menjadi agen pembuang bahan toksin dalam badan.

Selain itu, air diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.

Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.


Kita ni digalakkan untuk mengambil air kosong atau air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari. Kalau hari-hari yang tak berpuasa boleh la kita nak habiskan 2-3 liter sehari tu kan sebab boleh minum bila-bila waktu je.


Tapi, macam mana pula kita nak habiskan 2-3 liter sehari pada hari kita berpuasa sedangkan kita hanya boleh makan dan minum dari waktu berbuka sehingga sahur sahaja?



Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara-cara pengambilan air di bulan puasa bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari.

Cadangan minum air ketika puasa :

1 gelas selepas AZAN MAGHRIB
1 gelas selepas SOLAT MAGHRIB
1 gelas selepas MAKAN
1 gelas selepas SOLAT ISYAK
1 gelas selepas TARAWIKH
1 gelas sebelum TIDUR
1 gelas selepas BANGUN SAHUR
1 gelas selepas MAKAN SAHUR

Nak bagi nampak lagi jelas bolehlah rujuk gambar yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.


Okay moga memberi manfaat kepada kita semua.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya