Tekanan Darah Tinggi @ Hipertensi
Tekanan Darah Tinggi (atau ‘high blood pressure/ hypertension') merupakan satu penyakit yang sentiasa kita dengari dalam masyarakat kita, tidak kisah di Malaysia atau di mana juai. Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat dilihat komplikasinya setelah bertahun-tahun kita menghidapnya secara senyap. Penyakit ini sangat berbahaya kerana dapat merosakkan saluran darah kita dan organ dalaman. Kenapa doktor selalu menasihati agar sentiasa membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala? Kerana penyakit ini tidak kita ketahui selagi kita tidak membuat pemeriksaan tekanan darah di pusat kesihatan. Secara normalnya, tekanan darah kita ialah 120/80 mmHg, (bacaan yg selalunya dibuat oleh pemeriksa kesihatan). Sekiranya tekanan darah itu lebih daripada 140/90 mmHg, ianya akan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Apakah yang menyebabkan penyakit ini berbahaya kerana penyakit ini akan merosakkan kebanyakkan sistem dalam badan kita kerana organ-organ dalam badan kita...