Bagaimana Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Dengan Penuh Tumpuan




DARI Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, "Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah." Seorang berkata, "Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?" Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, "Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya." Kemudian baginda bersabda, "Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan ada suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (iaitu haji yang fardhu) kerana kamu tidak tahu apa yang akan menimpa diri kamu pada masa akan datang." (HR Ahmad) 


“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)

Kekangan Mereka Yang Menjadi Tetamu Allah

Banyak persiapan perlu dilakukan kepada bakal haji. Antara persiapan paling penting selain ilmu mengerjakan ibadah tersebut, penting bagi setiap jemaah menjaga tahap kesihatan yang maksimum supaya sepanjang berada di sana mereka dapat menumpukan 100% kepada ibadah dan menjadi impian setiap jemaah untuk mendapatkan haji yang mabrur, insyallah.

Berdasarkan pengalaman dan perkongsian ramai orang termasuk para jemaah haji, mereka yang pergi ke sana sering mengalami masalah sakit kaki, sendi, batuk, demam dan kadang-kadang penyakit sedia ada 'menyerang' mereka dan ini semua mengganggu fokus mereka dalam menunaikan ibadah haji. Justeru, penting bagi kita yang bakal mengerjakan haji samada pada usia muda mahupun sehingga sampai masa pencen nanti untuk mengekalkan kesejahteraan badan supaya kita dapat menunaikan rukun Islam ke 5 ini dengan sempurna.

Ingin dicadangkan di sini agar anda mengekalkan kesejahteraan diri dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang bermula dari sekarang supaya sampai pada masanya anda telah bersedia 100%. Anda juga boleh mengamalkan suplemen seperti Jeli Gamat GOLD dan Spirulina Pacifica bagi mencegah dan merawat penyakit sedia ada supaya ia terkawal. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari kadang-kadang kita sukar hendak dapat kekusyukkan dalam ibadah terutama ibadah solat apabila kita mengalami masalah kesihatan contoh paling ketara sakit sendiri. Bayangkan ketika hendak rukuk, sujud dan sebagainya ia melibatkan banyak pergerakan badan. Jadi penting untuk kita memelihara sendi-sendi serta meningkatkan tenaga agar apabila beribadah kita lebih bertenaga dan bersemangat insyallah. Sebenarnya banyak manfaat yang boleh didapati apabila mengamalkan suplemen ini terutamanya Jeli Gamat GOLD kerana fungsinya bertindak sebagai doktor sel dalam badan kita. Ia akan memperbaiki dan meremajakan sel-sel dalam badan kita termasuk sel-sel organ agar ia dapat berfungsi dengan baik dan seimbang.

Selain itu, kepada bakal jemaah haji juga, apabila di sana mereka mengalami masalah sakit kaki dan kadang-kadang sakit kepala akibat cuaca yang terlalu panas. Boleh gunakan Minyak Urut Gamat Aromaterapi untuk disapukan pada bahagian sendi. Jika ada masalah batuk boleh sapukan pada bahagian leher dan dada. Insyallah dapat mengurangkan kesan batuk. Dan juga Losyen Tangan & Badan Gamat dapat membantu mengatasi masalah tumit kaki pecah-pecah. Sapukan pada bahagian tumit kaki. Dan ketika sudah mula ihram, bau-bauan tidak dibenarkan pakai jadi anda boleh gunakan Gel Gamat Gold untuk disapukan pada kepala dan muka terutama ketika cuaca panas jadi anda tidak mengalami masalah sakit kepala atau terasa hendak pitam. Anda akan lebih sejuk. Gel Gamat Gold berasaskan air jadi tidak perlu risau. Ia umpama first aid. Jadi pastikan anda bawa produk ini ke sana.

Jika anda tidak sihat ketika berada di sana contohnya demam, batuk atau selesema, telan Bio-C Complex 2 biji pagi dan 2 biji malam. Insyallah, sistem imun anda akan kuat semula. Cubalah hari ini!




SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI & MENDAPAT HAJI YANG MABRUR..INSYALLAH

Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَÙ„َÙƒَ

Labbai kallahumma labbaik,

Labbaikala sharikala kalabbaik,

Innalhamda wanni'mata laka walmulk,

La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,

Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu 

yang tiada sekutu bagi-Mu


Borang Pesanan (klik sini)



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)