Posts

Showing posts from 2012

Epilepsi

Image
Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius. Terdapat dua jenis sawan : Sawan menyeluruh Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: Tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal). Ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal). Mioklonik.  Sawan Separa Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), t...

Punca Rambut Beruban

Image
APABILA umur anda semakin meningkat, uban merupakan perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, jika anda mula mempunyai uban semasa remaja, orang di sekitar anda mungkin akan terperanjat dan menanyakan soalan-soalan seperti “Adakah anda sihat?” atau “Anda nampak lebih tua sejak kebelakangan ini, apakah masalah anda?” Uban memang petanda yang kurang sihat. Kadang-kadang anda memang tidak dapat menahan daripada mencabutnya. Masalahnya, uban tidak akan berhenti tumbuh walau betapa kerap anda mencabutnya. Ini hanya menjadikan keadaan lebih teruk! Menurut kajian, 1 dalam 5 orang lelaki dan wanita akan mula mengalami uban pramasa sebaik sahaja mereka mencapai umur 25 tahun. Apabila mereka mencapai umur 40an dan 50an, uban akan bertambah sebanyak kira-kira 30%.  Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya. Menurut kajian dari bidang dermatologi Universi...

Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan

Image
Dengan pemeriksaan dan penjagaan teliti, kehamilan di kalangan wanita berusia bukanlah sesuatu yang sukar dan terlalu berisiko.  ATAS sebab-sebab tertentu, tidak dinafikan ramai wanita ketika ini melangkah ke gerbang perkahwinan pada usia melebihi 30-an. Malahan ada juga yang mengambil keputusan berkahwin pada usia 40 tahun.  Fenomena ini adakalanya menimbulkan kerisauan terutama di kalangan ibu bapa pasangan kerana memikirkan peluang wanita tersebut untuk hamil rendah.  Umum mengetahui seseorang wanita itu berada di tahap kesuburan tinggi pada usia 20-an. Bermula pada usia 30 tahun, peluang itu menurun dan seterusnya semakin mengecil ketika mencecah 40 tahun.  Namun bagi Pakar Perubatan Reproduktif dari Hospital Pakar DEMC, Dr. Zamri Abd. Rahim, usia bukanlah penghalang kepada individu untuk melalui proses kehamilan asalkan beberapa faktor diambil kira.  “Alasan itu tidak boleh gunakan dalam menyekat sesiapa saja untuk hamil. Malah jik...

Bagaimana Dapat Mengerjakan Ibadah Haji Dengan Penuh Tumpuan

Image
DARI Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, " Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah." Seorang berkata, "Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?" Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, "Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya." Kemudian baginda bersabda, "Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia" (HR Muslim) Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang ...

Perangi Selulit. Bagaimana Cara Paling Mudah?

Image
RASANYA tidak ada yang lebih comel selain daripada sepasang lesung pipit yang menghiasi wajah tatkal kita tersenyum. Orang yang melihat jatuh suka orang yang memiliki pun jadi bangga. Tapi bagaimana pula dengan Selulit? Walaupun bunyinya seakan-akan sama dengan lesung pipit, tetapi situasinya jauh berbeza. Secara ringkasnya, selulit adalah lebihan lemak yang muncul pada bahagian kulit yang berkedut. Saya percaya tidak ada seorang wanita pun yang suka dengan kahadiran selulit ini. hati pasti sedih melihat masalah kulit itu muncul di paha, punggung, perut dan lengan. Wajah cantik pun kurang kalau terlihatkan ‘benda’ ini. Lebih malang lagi selulit bukan hanya menyerang wanita yang bertubuh gempal bahkan turut ada pada tubuh wanita yang kurus. Jelas sekali selulit adalah musuh utama wanita selain jerawat, jeragat, kelemumur, kulit kering, kedutan dan macam-macam lagi. (Hmm, banyak sungguh musuh wanita!). Kehadirannya menurunkan peratus kecantikan dan keyakinan diri. Kep...

Petua Awet Muda - 1

Image
MAHUKAN wajah kelihatan segar? Gunakan saja gula perang. Ia berupaya menanggalkan sel mati pada wajah yang memberikan kulit lebih sihat. Caranya, kisar setengah cawan gula perang dalam pengisar kopi untuk menjadikannya lebih halus (jika ingin menggunakannya pada tubuh tidak perlu dikisar). Kemudian tambahkan tiga sudu minyak zaitun untuk memberikan lebih lembapan. Sekiranya akan ingin scrub gula perang ini mempunyai bau, campurkan secubit serbuk buah pala. Gaul hingga ia menjadi seperti pes. Basahkan wajah, kemudian sapukan dalam pergerakan membulat antara 1 - 2 sebelum mencuci wajah dengan air suam. Gunakan sebanyak dua kali seminggu untuk wajah yang cantik semula jadi. Selain itu, dengan pengamalan Pro Aktif PCN terutamanya Jeli Gamat GOLD , boleh mengembalikan semula keremajaan sel-sel kulit anda agar lebih anjal, gebu, bersih dan berseri. Dan yang paling penting kulit anda lebih sihat dan melambatkan proses penuaan terutama pada raut wajah anda. Jadi, cubalah PC...

22 %

Image
PERATUS penurunan risiko pembentukan darah beku sekiranya anda bersukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain itu, cuba amalkan juga Jeli Gamat Gold dan Krill Omega Plus . Ini kerana dalam Jeli Gamat Gold dan Krill Omega Plus mengandungi Omega-3 yang tinggi. Ia bertindak untuk mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL , mengurangkan kepekatan darah, mencegah darah beku dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Selain itu, dalam Jeli Gamat Gold mengandungi Mukopolisakarida yang mempunyai fungsi yang sama seperti heparin yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita untuk menghalang pengumpalan darah yang disebabkan penggabungan sel darah merah dengan platlet. Kadangkala disebabkan penghasilan heparin dalam badan secara semulajadi tidak dapat menanggung beban untuk menjalankan fungsinya, maka Mukopolisakarida dapat membantu.  Dengan itu, ia mencegah pembentukan darah beku di dalam saluran darah sekaligus memastikan pengali...

Stres? Alihkan Tumpuan Anda

Image
BEBAN kerja dan kesibukan tugasan yang pelbagai sering kali memberikan tekanan. Oleh itu, cara terbaik untuk anda kekal positif adalah mengalihkan tumpuan dengan beberapa cara seperti rehatkan minda dengan permainan Solitare, menonton aksi rakaman bersama rakan-rakan, membersihkan kabinet tempat anda bekerja. Cara kedua adalah dengan beredar sementara seperti ke tandas, membuat minuman seperti teh atau kopi dan berbual dengan rakan sekerja mengenai hal-hal yang menyeronokkan. Seterusnya adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus secara perlahan. Lakukan berulang kali pasti anda akan lebih tenang dan bersemangat untuk kembali bertugas. Selain itu, jika anda boleh mempelajari Kemahiran Jari Emas yang memberikan anda salah satu cara melalui Urutan Release Stress atau anda juga boleh mendapatkan khidmat usahawan Jari Emas yang mempunyai kemahiran release stress untuk menguruskan stres anda. Melalui sentuhan Belaian Kasih Jari Emas akan membuatkan anda rasa...

Telur Makanan Sempurna

Image
ANDA sibuk dan terlambat makan tengah hari? Apa kata ambil saja telur rebus kerana ia merupakan snek lengkap yang berkalori rendah (70 kalori). Bukan saja sangat baik untuk menghilangkan rasa lapar, kajian terbaru oleh Universiti Alberta mendapati telur kuning mengandungi khasiat sama seperti gandum dan jagung. Manakala kandungan dwi asid amino (tryptophan dan tyrosine) tinggi kandungan antioksidan dan boleh mengurangkan risiko sakit jantung serta kanser. Mengambil dua biji telur bersamaan dengan khasiat sebiji epal. Atau jika anda masih tidak sempat untuk mengambil telur rebus, amalkan Spirulina Pacifica 10-15 biji setiap hari dalam membekalkan 46 jenis zat daripada 50 jenis zat keperluan tubuh setiap hari. Ia merupakan makanan sampingan yang memenuhi keperluan. Antara ciri-ciri istimewanya adalah ia mengekalkan pH badan yang sihat, meningkatkan keupayaan darah mengangkut oksigen, mengekalkan paras kolesterol yang sihat, menguatkan sistem imun, serta membantu mencega...