Punca Rambut Beruban



APABILA umur anda semakin meningkat, uban merupakan perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, jika anda mula mempunyai uban semasa remaja, orang di sekitar anda mungkin akan terperanjat dan menanyakan soalan-soalan seperti “Adakah anda sihat?” atau “Anda nampak lebih tua sejak kebelakangan ini, apakah masalah anda?”

Uban memang petanda yang kurang sihat. Kadang-kadang anda memang tidak dapat menahan daripada mencabutnya. Masalahnya, uban tidak akan berhenti tumbuh walau betapa kerap anda mencabutnya. Ini hanya menjadikan keadaan lebih teruk!

Menurut kajian, 1 dalam 5 orang lelaki dan wanita akan mula mengalami uban pramasa sebaik sahaja mereka mencapai umur 25 tahun. Apabila mereka mencapai umur 40an dan 50an, uban akan bertambah sebanyak kira-kira 30%. 

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.

Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Sebenarnya, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin (warna kuning).

Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban adalah seperti berikut :

Proses Penuaan Semula Jadi

Pada dasarnya, setiap helai rambut dibahagikan kepada batang rambut (bahagian yang terdedah pada permukaan kulit kepala) dan folikel (yang tersembunyi di bawah kulit kepala). Biasanya, jumlah Melanin yang dihasilkan menentukan kepadatan warna rambut kita.

Pada keseluruhannya, kebanyakan orang Asia pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja boleh menghasilkan jumlah Melanin yang banyak. Apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan Melanin mula menurun dan lama-kelamaan berkurangan sehingga Melanin pada batang rambut dan folikel hilang. Akhirnya, kepala akan penuh dengan uban.

Faktor Genetik

Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

Beruban Secara Tiba-Tiba

Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghadapi trauma. Uban akan mula wujud pada bahagian dahi dan bahagian berhampiran dengan pelipis.

Kekurangan Vitamin

Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

Kekurangan Gizi

Boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotein sangat diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

Gaya Hidup

Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

Rawatan Yang Tidak Sesuai

Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

Kesan Radiasi

Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat cepat membantu pertumbuhan uban.

Lain-lain

Proses rambut hitam menjadi uban akan dipercepatkan lagi oleh kepincangan tugas sel, kedefisienan tubuh, keturunan atau gangguan genetik dan faktor-faktor luaran lain seperti pembedahan, kejutan emosi atau kemalangan yang mudah menjejaskan sistem biologi kita.

Uban pasti menjadikan rupa fizikal anda lebih tua. Wajah muda anda seolah-olah hilang dalam masa beberapa bulan sahaja tidak kira anda mengalami uban pramasa ataupun ia merupakan sebahagian daripada proses penuaan! Sebaik sahaja anda mendapati rambut anda semakin kehilangan warna, dapatkan bantuan profesional untuk menyelesaikan masalah itu daripada puncanya secepat mungkin.

Uban memang boleh dirawati! Adakah anda fikir rambut anda tidak akan tumbuh semula kerana uban? Jangan takut! Hal itu hanya akan berlaku jika penjagaan anda tidak betul. Rawatan awal merupakan satu-satunya cara untuk menghalang uban pramasa.

Apa Yang Penyelesaian Kepada Masalah Ini?

Sebenarnya jawapan kepada masalah di atas terdapat pada Jeli Gamat GOLD, Spirulina Pacifica dan Bio C Plus. Jeli Gamat GOLD bertindak memulih dan meremajakan sel rambut agar ia berfungsi secara normal serta memulih sistem biologi kita yang mudah terjejas akibat kemalangan dan juga kesan radiasi terhadap masalah kesihatan seperti kanser.

Spirulina Pacifica membekalkan nutrien penting seperti vitamin B dan zat besi bagi mengelakkan berlakunya pertumbuhan uban. Selain itu, Jeli Gamat GOLD dan Spirulina Pacifica merupakan makanan berprotein yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan enzim pembentukan pigmen dan mengelakkan tumbuhnya uban.

Bio C Plus merupakan anti pengoksidaan yang bertindak ke atas radikal bebas dalam tubuh yang wujud akibat terdedah kepada asap rokok dan bagi mereka yang kerap merokok. Bio C Plus juga membantu mengurangkan ketagihan merokok dan seterusnya melambatkan tumbuhnya uban. Cubalah Hari Ini!






Untuk Pesanan (klik)


# Like & Share!

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)