Bahaya Denggi : Kenali Nyamuk Makhluk Ciptaan Allah S.W.T


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai JENIS BINATANG; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."

( Al Baqarah : 164 ) 


Ayat ini Allah tujukan kepada golongan yang ingin mencari kebenaran..Jika mereka mengunakan akal fikiran mereka bukan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata setelah melihat kepada segala penciptaan Allah di muka bumi ini, maka manusia akan kembali kepada yang Maha Pencipta dan rasa bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada manusia. 

Antaranya mari kita berkongsi salah satu kuasa Allah yang menciptakan berbagai-bagai jenis binatang DAN termasuklah serangga yang sangat kecil seperti Nyamuk. 


[ TAHUKAH ANDA ?? ] 


1) Jika manusia Allah hanya beri kita sekeping hati. Tetapi Nyamuk mempunyai 3 hati. Iaitu di tengah dada dan di bahagian sayap nyamuk kiri dan kanan. 

2) Nyamuk mempunyai 3 sayap di kiri dan 3 sayap di kanan. Sayap tersebut mampu terbang 1000 kali dalam seminit !! 

3) Bagaimana nyamuk boleh mencari mangsanya walaupun dalam gelap? PERTAMA ia memiliki 100 biji mata yang dapat melihat walaupun dalam gelap. KEDUA ia memiliki sistem radar tersendiri yang dapat memilih mangsa yang sesuai dengan seleranya. 

4) Bagaimana nyamuk boleh menghisap darah sedangkan lapisan kulit luar mangsanya sangat tebal? Di penghujung mulut nyamuk Allah beri 6 bilah pisau untuk nyamuk memotong bahagian kulit mangsanya yang tebal. 

5) Tapi kenapa tidak rasa sakit? SEBAB Allah bagi nyamuk sejenis ubat bius yang disuntik ketika proses pemotongan berlaku. 

6) Darah manusia pekat, bagaimana darah boleh memasuki mulut jarum nyamuk yang halus? Allah bagi kepada nyamuk sejenis alat pengacau untuk mencairkan darah sebelum dihisap. 

7) Semua proses tersebut berlaku dalam masa yang sangat singkat sehingga mangsanya tidak perasan. Setelah kekenyangan, nyamuk akan mati. Begitulah kitaran hidup nyamuk. HIDUP untuk makan, MATI selepas kenyang. 

Subhanallah..serangga yang begitu kecil tetapi sungguh kompleks ciptaannya yang pastinya tidak dapat dibuat oleh manusia biasa.. Insafnya.. kita ni sebenarnya kecil je jika hendak dibandingkan dengan penciptaan Allah S.W.T yang Maha Hebat. 


۞ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) NYAMUK hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;" 


( Al Baqarah : 26 ) 


Di sebalik kisah kes denggi yang kian meningkat hari ini, ramai merasa risau dengan kehadiran nyamuk aedes ini.. Justeru, bagaimana kita boleh melindungi dan mencegah nyamuk aedes daripada menyerang kita?? DAN bagaimana jika kita telah mengidap denggi, kita dapat cepat pulih semula?? 


SOLUSI : Pastikan Setiap Malam Sebelum Tidur, sapukan Minyak Urut Gamat Aromaterapi Serigama Luxor bahagian keseluruhan badan terutama di bahagian leher, kaki dan tangan kerana bau serai wangi pada minyak tersebut membuatkan nyamuk tidak suka. Bukan sahaja nyamuk, termasuklah juga serangga2 yang lain. Ia juga membantu mencegah strok ketika tidur dan juga membantu mengurangkan rasa stres melalui teknik urutan tertentu. 


Bagi yang telah disahkan mengidap denggi, rujuklah kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut di samping bolehlah cuba petua-petua orang tua-tua antaranya minum sup ketam, minum air 100 plus DAN admin cadangkan ambil juga suplemen tambahan seperti Cell Recipe Plus, Spirulina Pacifica dan Extar C Plus untuk tambah platlet dan tingkatkan sistem imun.. Selebihnya mohonlah pada Allah untuk sembuhkan penyakit kita.. 

Cubalah hari ini! 

Pm/whatsapp 018-359 7495 untuk pesanan segera 

#dRGamat
#Denggi
#JellyGamatGOLD
#SeaCucumber

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

LUKA PEMBEDAHAN