Boleh Ke Makan Banyak Suplemen ??


Ramai yang bertanya kepada saya, boleh ke makan banyak suplemen? Jawapan saya sebenarnya ialah kita tak perlu makan banyak suplemen tapi kita hanya makan untuk apa yang kita perlukan sahaja.

Dalam kalangan kita ada 3 golongan iaitu golongan yang suka makan suplemen, tak makan suplemen dan juga yang anti suplemen.

Sebelum tu kita kena faham Apa Itu Suplemen?

Suplemen ialah makanan tambahan. Jadi, bila maknanya makanan tambahan, kita hanya perlu tambah mana yang tak cukuplah.

Ok lah saya bagi contoh ye. Kena belajar biologi badan sikit lah ye hihi. Badan kita perlukan beberapa elemen nutrien seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, protein, karbohidrat dan sebagainya. Jadi dari mana kita nak dapatkan semua sumber tu? Sudah semestinya daripada pemakanan kita seharian betul x?

Tahukah kita bahawa setiap hari badan kita memerlukan 50 jenis nutrien penting untuk memastikan semua fungsi sistem tubuh badan dapat berjalan dengan lancar.

Tapi kita tidak pernah tahu sama ada keperluan badan kita terhadap nutrien tu cukup atau tidak kan? 

Sebenarnya ada tanda2 yang kita boleh tahu yang badan kita ni sebenarnya kekurangan nutrien atau zat. Antaranya rasa keletihan, selalu tidak sihat, sukar untuk fokus, sembelit, stres dan sebagainya.

Ada ketikanya kita rasa selera makan kita bertambah. Masalah kita pula bila kita rasa "hendak makan" kita banyak mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, berlemak dan sebagainya. Keadaan ini mendatangkan kesan lain pula antaranya menyebabkan berat badan kita meningkat.

Selain itu, pemakanan kita hari ini agak berbeza berbanding dahulu. Kebanyakkan apa yang kita makan hari ini penuh dengan bahan kimia bermula daripada proses penghasilan, pemprosesan sehingga terhidang menjadi makanan. 

Contohnya, ayam yang kita makan hari ini kebanyakkannya ayam yang disuntik dengan antibiotik serta bahan lain bagi mempercepatkan proses tumbesarannya.

Sayur-sayuran pula yang kita makan hari ini penuh dengan kandungan bahan kimia seperti pestisid dan ada setengahnya terdiri daripada hasil pengubahsuaian genetik (GMO).

Malah buah-buahan juga kebanyakkan kita hanya makan hampas sahaja kerana buah-buahan yang kita makan hari ini kebanyakkannya masak bukan di atas pokok tetapi diperam atau menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangannya.

Oleh sebab itulah kita perlukan suplemen untuk cover semula nutrien2 penting yang diperlukan daripada sumber pemakanan kita yang tidak cukup itu supaya kita boleh kekal sihat dan bertenaga.

Nanti saya kongsikan pula tips-tips untuk memilih suplemen ok..

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat & Manfaat Royal Gamat Liquid Tradisea

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya