Posts

Showing posts from November, 2012

Punca Rambut Beruban

Image
APABILA umur anda semakin meningkat, uban merupakan perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, jika anda mula mempunyai uban semasa remaja, orang di sekitar anda mungkin akan terperanjat dan menanyakan soalan-soalan seperti “Adakah anda sihat?” atau “Anda nampak lebih tua sejak kebelakangan ini, apakah masalah anda?” Uban memang petanda yang kurang sihat. Kadang-kadang anda memang tidak dapat menahan daripada mencabutnya. Masalahnya, uban tidak akan berhenti tumbuh walau betapa kerap anda mencabutnya. Ini hanya menjadikan keadaan lebih teruk! Menurut kajian, 1 dalam 5 orang lelaki dan wanita akan mula mengalami uban pramasa sebaik sahaja mereka mencapai umur 25 tahun. Apabila mereka mencapai umur 40an dan 50an, uban akan bertambah sebanyak kira-kira 30%.  Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya. Menurut kajian dari bidang dermatologi Universi...

Usia Bukan Penghalang Untuk Kehamilan

Image
Dengan pemeriksaan dan penjagaan teliti, kehamilan di kalangan wanita berusia bukanlah sesuatu yang sukar dan terlalu berisiko.  ATAS sebab-sebab tertentu, tidak dinafikan ramai wanita ketika ini melangkah ke gerbang perkahwinan pada usia melebihi 30-an. Malahan ada juga yang mengambil keputusan berkahwin pada usia 40 tahun.  Fenomena ini adakalanya menimbulkan kerisauan terutama di kalangan ibu bapa pasangan kerana memikirkan peluang wanita tersebut untuk hamil rendah.  Umum mengetahui seseorang wanita itu berada di tahap kesuburan tinggi pada usia 20-an. Bermula pada usia 30 tahun, peluang itu menurun dan seterusnya semakin mengecil ketika mencecah 40 tahun.  Namun bagi Pakar Perubatan Reproduktif dari Hospital Pakar DEMC, Dr. Zamri Abd. Rahim, usia bukanlah penghalang kepada individu untuk melalui proses kehamilan asalkan beberapa faktor diambil kira.  “Alasan itu tidak boleh gunakan dalam menyekat sesiapa saja untuk hamil. Malah jik...