Posts

Showing posts from November, 2011

Kepentingan ASID FOLIK

Image
Asid Folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): Keluarga yang pernah mengalami NTD Pernah hamil anak yang mengalami NTD Mengambil ubat sawan Kencing manis Semua wanita yang merancan...

Sukar Peroleh Anak ?

Image
APABILA timbul masalah mendapatkan anak, tiada siapa harus dipersalahkan sebelum pasangan suami isteri menjalani pemeriksaan kesuburan bagi mencari di mana silapnya. Banyak pasangan menghadapi masalah kerana suami kurang bekerjasama untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sedangkan pemeriksaan kesuburan untuk wanita lebih banyak dan leceh. Inilah nasihat Ketua Unit Klinik Kesuburan, Bahagian Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat (LPPKN), Dr Abdul Ghafar Abdul Razak. Masalah kesuburan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, iaitu 30 peratus berpunca daripada suami, 30 peratus daripada isteri, 30 peratus gabungan kedua-duanya, manakala 10 peratus lagi tidak diketahui. Oleh kerana pecahan antara suami dan isteri seimbang, sepatutnya tidak timbul isu menyalahkan mana-mana pihak. ...