Bagaimana Orang Di Luar Sana Membina Hidup Mereka ?
Cuba kita lihat di luar sana , bagaimana masyarakat membina hidup mereka. Ada yang bekerja dan juga berniaga. Bagi yang bekerja, rutin mereka bermula seawal pagi iaitu bangun pukul 5 pagi, bersiap untuk solat subuh dan bergegas keluar dari rumah ke tempat kerja secepat mungkin untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan ada sesetengahnya terpaksa singgah ke beberapa destinasi untuk menghantar anak kepada pengasuh dan kemudian menghantar isteri ke tempat kerja & terus ke tempat kerja sendiri. Sesudah sampai di pejabat, mereka memulakan kerja sehinggalah pukul 5 petang dan ada yang kekadang sampai pukul 7 petang baru pulang dari pejabat. Kemudian, kelam kabut hendak sampai ke rumah. Bagi isteri yang bekerja terpaksa memasak untuk keluarga. Pukul 8 malam makan malam, pukul 9 malam berehat tengok TV atau TV 'tengok' mereka (tidur) sehinggalah pagi esoknya. Dan kemudian, rutin bermula lagi pukul 5 pagi keesokkannya. Mereka yang berniaga juga tidak jauh berbeza rutin mer...