Posts

Showing posts from April, 2016

PUNCA SEL ROSAK

Image
Unit asas bagi benda hidup atau sesuatu organisma bermula daripada 1 unit sel yang asas. Dari 1 unit sel asas ini akhirnya akan berlaku proses gabungan unit-unit sel yang lain sehingga membentuk tisu. Tisu akhirnya bergabung dengan beberapa lapisan tisu yang lain membentuk organ-organ penting dan seterusnya gabungan fungsi-fungsi organ ini akan membentuk 1 struktur system tubuh badan manusia yang sempurna dari segi sifat fizikalnya. Namun, sel juga mampu lemah, jatuh sakit, rosak & mati. Apabila ini berlaku ia akan memberi kesan buruk kepada tisu, organ dan seterusnya tahap kesihatan kita akan terjejas. Di sinilah Allah tunjukkan akan KebijaksaanNya dan betapa Kasih & PemurahNya Dia, Allah bagi kita mempunyai mekanisme penyembuhan sendiri semulajadi di mana setiap hari sel akan mengalami proses regenerasi untuk menghasilkan sel-sel yang baru. Sebab itu, jika badan kita sihat & proses regenerasi ini berlaku dengan sempurna setiap hari, sebenarnya setiap ...

Beli Daripada Sumber Yang Dipercayai

Image
Exotic delicacy: Imported sea cucumber sold at one of the shops in Kota Kinabalu. Don: Get sea cucumber from those culturing them to avoid poisoning PETALING JAYA : Those who wish to consume the sea cucumber during Chinese New Year, considered a delicacy, should purchase it from a trusted source to avoid any poisoning, said Universiti Sains Malaysia's marine biologist Prof Dr Zulfigar Yasin. He said that in recent years, some unscrupulous traders had mixed poisonous sea cucumbers with non-poisonous ones due to high demand. “It is best to purchase them in wet condition as it is easier to differentiate them. “And buy from people who are culturing them or from reputable sources,” he said when contacted. Dr Zulfigar said that sea cucumber that were edible were usually larger in size. “It is easier to identify an edible sea cucumber when bought fresh rather than dry,” he said. However, he cautioned that the poisonous ones would l...

GERD? GASTRIK?? HILANG SELERA MAKAN DISEBABKAN SELALU RASA PEDIH ULU HATI DAN MUNTAH-MUNTAH?

Image
Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut. Punca gastrik Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jang...

Segarkan Hari Anda Dengan Jus Detox

Image
Jus Detox & Menyegarkan Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu organ hati, usus, dan ginjal. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem badan bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Cubalah jus yang menyegarkan ini. Ia bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga membantu proses detoks semula jadi tubuh anda, membantu anda mengekalkan tahap tenaga setiap hari! Jus Dwi-Warna *Sajian untuk seorang Bahan-bahan : Tembikai ... 300g Timun ... 1 biji Jeli Sari Gamat GOLD ... 1-2 sudu besar Air Sejuk ... 200ml Cara Penyediaan : Buangkan kulit tembikai dan potong menjadi kepingan kecil. Cuci timun sehingga bersih dan hiris halus. Memasukkan tembikai dan timun Jepun ke dalam mesin pengisar buah-buahan, tambahkan air sejuk dan kisar menjadi jus. Tuangkan jus ke dalam gelas. Tambahkan 1-2 sudu Jeli Sari Gamat GOLD dan minum.

Berjam-jam Dalam Bilik Air

Image
SEMBELIT ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.  Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa. Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rekt...

Makanan Untuk Otak

Image
SARAPAN pagi bukan sekadar untuk kesihatan badan tetapi baik untuk otak. Kajian terkini mendapati kandungan bakteria baik ( Lactobacillus dan Bifidobacterium ) dalam yogurt bukan sahaja memberikan kebaikan pada perut anda tetapi turut menghasilkan neurokimia (rangsangan kimia baik dalam tubuh sama seperti serotonin dan dopamin) yang melancarkan peredaran darah dalam tubuh termasuk di kawasan otak. Kesannya emosi dan psikologi anda menjadi lebih stabil dan sentiasa sihat. Mulakan pagi anda dengan pengambilan yogurt untuk otak yang lebih sihat. Selain itu juga, anda juga boleh mengambil sebiji Krill Omega Plus sebagai hidangan pagi anda kerana ia membantu pertumbuhan otak dan sistem saraf yang sihat. Ia meningkatkan konsentrasi, daya ingatan dan pembelajaran serta menguatkan emosi yang sihat. Cubalah hari ini! Untuk pesanan whatsapp 018-359 7495

Kenali Punca Kelemumur

Image
Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius. Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia. Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca pana...

Implikasi Radang Usus

Image
Oleh Dr. Tan Huck Joo IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti ketumbuhan atau tumor. Penyebab IBD Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD. Sungguhpun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doctor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindakbalas dengan tisu usus sendiri. Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD, jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenalpasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk. Tanda dan gejala Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain terma...