Skim Perlindungan Proaktif PCN


Hari ini, makin ramai orang mula mencari skim perlindungan untuk kesihatan mereka dengan membeli polisi insuran mengikut pilihan masing-masing berdasarkan kelebihan-kelebihan yang mereka akan perolehi terutama melibatkan coverage yang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun, perlindungan melalui skim insurans kesihatan adalah untuk perlindungan selepas anda didapati positif terhadap sesuatu penyakit atau apa jua masalah kesihatan mengikut syarat yang ditetapkan. Tapi bagaimana pula perlindungan sebelum 'kena' penyakit? Jika anda diberi pilihan yang mana rasanya lebih baik, Perlindungan SEBELUM kena atau Perlindungan SELEPAS kena? 

Jika pilihan anda Perlindungan SEBELUM 'kena' maka anda perlu pertimbangkan Perlindungan Proaktif PCN yang memfokuskan kepada 2 kategori keperluan manusia. Kepada yang SAKIT, ia akan MERAWAT dan MENCEGAH KEMBALI SEMULA penyakit dan kepada yang SIHAT, ia akan MENCEGAH anda daripada penyakit dan menikmati kehidupan 5K iaitu KESIHATAN, KECANTIKAN, KEBERSIHAN, KECERGASAN dan KENIKMATAN. Soal sakit & mati, itu adalah ketentuan Allah tetapi tugas kita adalah mempertahankan & menjaga amanah yang Allah beri kepada kita iaitu nikmat KESIHATAN.

Nikmat kesihatan ini adalah umpama Mahkota yang diletakkan di atas kepala orang yang sihat tetapi hanya dapat dilihat keindahannya oleh orang yang sakit. Kenapa kita perlu mempertahankan 'Mahkota' kesihatan ini? Hari ini, terdapat pelbagai ancaman besar terhadap kesihatan manusia. Cukuplah jika kita kongsikan 3 ancaman terbesar yang kita tidak boleh elakkan.

Ancaman Pertama

Adakah Anda TAHU apa yang ada dalam tubuh anda SEKARANG? dalam erti kata yang lain berkaitan kesihatan anda? Tiada siapa yang Tahu. Sedangkan Doktor sendiri tidak tahu apa yang ada dalam tubuh kita. Jika orang yang menghidap kanser, adakah kansernya bermula hari ini atau sebenarnya benih kanser ini telah wujud sejak 5-10 tahun yang lalu? Tapi ketika itu kita tidak tahu hanya setelah keadaan teruk baru kita tahu. SEBENARNYA berapa ramai orang diluar sana melalui keadaan 'TIDAK TAHU'? Adakah kita hendak tunggu setelah 'TAHU' untuk bertindak atau kalau boleh 'SEBELUM TAHU' kita atasi dahulu?.. Jadi apa caranya untuk bertindak..?

Ancaman Kedua

Sepanjang seminggu yang lalu, bolehkah anda MENGELAK daripada makan makanan BERMINYAK? Agak sukar sebenarnya betul tak.. Tahukah anda mengikut kajian untuk memecahkan lemak daripada SEKEPING ROTI CANAI sahaja anda perlu berjalan sejauh 4 km. Tak payahlah citer tentang roti canai, jika SEBIJI KARIPAP sahaja untuk pecahkan lemak karipap anda perlu berlari selama 1 jam! PERSOALANNYA dah berapa KiloMeter dan berapa JAM kita dah berlari ?

Tahukah anda fakta menyebut bahawa minyak yang digunakan untuk memasak lebih daripada 2 kali, ia merupakan minyak yang sangat toksik kepada badan dan ia sukar untuk dikeluarkan walaupun anda melakukan senaman 'giler-giler'. Ia akan melekat dan bercampur dengan darah anda dan boleh menyebabkan risiko saluran darah tersumbat dan menyumbang kepada risiko serangan jantung dan strok. Menurut fakta daripada kementerian kesihatan Malaysia, Pembunuh no 1 bagi orang lelaki adalah masalah Jantung. Dan tambahan lagi, pada tahun 2005 dilaporkan setiap hari 110 warga Malaysia menghidap strok. Malah terbaru di London, setiap hari 200 orang rakyatnya menghidap strok.

Lihat sahaja dalam setahun yang lalu, banyak berita kematian mengejut yang berlaku di kalangan pemimpin, artis, ahli sukan  dan ramai lagi disebabkan serangan jantung. DAN yang menakutkan kebanyakkannya TIDAK TAHU yang mereka sebenarnya ada masalah Jantung. SEBAGAIMANA yang kita lihat pada situasi pertama tadi, kita TIDAK TAHU apa yang ada dalam tubuh kita. Ia ibarat Bom Jangka yang menunggu masa untuk meletup. PERSOALANNYA, bagaimana kita hendak mengeluarkan minyak racun yang berada dalam badan kita sekarang ini?

Ancaman Ketiga

Jika kita lihat beberapa contoh di atas, punca utama masalah ini adalah disebabkan PEMAKANAN betul tak? Bila sebut mengenai pemakanan, kita sering diberitahu untuk amalkan pemakanan seimbang, ikut piramid makanan dan sebagainya. PERSOALANNYA, berapa ramai yang mampu untuk mengikut diet amalan pemakanan seimbang yang disyorkan? Mengikut KAJIAN, badan memerlukan 50 nutrien setiap hari. Adakah kita tahu apa nutrien yang diperlukan badan kita setiap hari?
JIka kita lihat diet kita kebanyakkan 80% adalah berasid hanya 20% beralkali. Badan yang berasid bermaksud toksin banyak dalam badan dan jika badan anda sering berbau busuk, itu menunjukkan bahawa badan anda banyak toksin. DAN badan yang berasid merupakan medium yang paling 'disukai' sel-sel kanser untuk membiak. JADI BAGAIMANA UNTUK KITA ATASI MASALAH INI?

Ada yang berpendapat bahawa membeli insurans kesihatan adalah solution terhadap masalah di atas. Ya, memang benar tapi mungkin kita tidak sedar, perlindungan hanya diberikan selepas kita didapati menghidap penyakit. Mungkin pada saat selepas kita menghidap sakit strok ke jantung ke kanser ke atau seumpamanya, kita dapatlah claim insurans berpuluh ribu mungkin ratusan ribu ringgit TAPI ketika itu, anda mungkin lumpuh separuh badan, hilang upaya atau apa jua keadaan sekalipun. Ada maknakah itu semua? Duit banyak tapi terlantar atas katil. Fikirkanlah. Bukan insurans kesihatan itu tidak baik. Itu bagus untuk perlindungan selepas kena penyakit TAPI bagaimana dengan PERLINDUNGAN SEBELUM KENA PENYAKIT? Mana lebih baik SEBELUM KENA atau SELEPAS KENA?

Skim Perlindungan Menyeluruh - Proaktif PCN


Trend terkini, orang mencari Perlindungan Sebelum "Kena". Jika anda mencari perlindungan sebelum 'KENA' penyakit, Proaktif PCN adalah jawapannya. Kenapa PCN? Kerana ia berdasarkan kepada 3 situasi di atas yang melibatkan perkara yang kita TAK TAHU, MINYAK BERACUN, dan PEMAKANAN TAK SEIMBANG. Dalam PCN terdapat 3 komponen utama iaitu yang pertama adalah JELI GAMAT GOLD. Kenapa Jeli Gamat GOLD ?

JELI GAMAT GOLD

Jeli Gamat GOLD berperanan sebagai 'doktor sel' yang bekerja 24 Jam dalam badan kita memastikan segala sel dalam badan yang rosak, diperbaiki. Yang lemah, dikuatkan semula dan yang sihat dikekalkan jangka hayat kesihatannya. Gamat mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi yang sangat efektif iaitu, ia Merawat & Menyembuh penyakit dengan cepat. Kelebihan Gamat juga adalah kerana ia mempunyai mekanisme ubat tradisi bermaksud segala masalah yang kita tidak ketahui dalam badan, ia akan atasi terlebih dahulu sebelum kita ketahui. Selain itu, gamat boleh digunakan sebagai amalan untuk jangka masa panjang kerana dari segi harganya yang munasabah untuk semua lapisan masyarakat.


KRILL OMEGA PLUS

 



Komponen yang kedua ialah Krill Omega Plus berperanan menukarkan lemak yang Jahat kepada lemak yang Baik serta memperbaiki sistem pengaliran darah dalam badan supaya darah sentiasa lancar. Krill yang berasal dari Kutub Selatan merupakan makanan ikan paus. Orang Eskimo yang tinggal di kawasan kutub selatan makan lemak ikan paus untuk memanaskan badan TETAPI mereka tiada masalah jantung. Bila dikaji, rupanya lemak ikan ikan paus telah ditukar kepada lemak yang baik dan sihat kesan memakan Krill. Bayangkan jika manusia yang makan Krill, ia dapat menukarkan lemak Jahat dalam badan kepada lemak yang Baik dan selamat. Bukankah itu berita Baik ?

Asasnya, Krill bertindak MELINDUNGI JANTUNG dengan mengimbangkan paras lemak dalam badan. Kepada wanita, ia membantu SEIMBANGKAN HORMON dalam badan. Hormon yang seimbang menyumbang kepada pengawalan stres. Baru-baru ini dalam  segmen Wanita Hari Ini, menceritakan tentang seorang pelakon wanita terkenal, Azian Irdawati yang menghidap penyakit kanser payudara. Beliau suatu masa dahulu merupakan antara orang yang mengamalkan cara hidup yang sihat dengan pengamalan makanan kesihatan dan beberapa aktiviti berkaitan dengan meningkatkan tahap kesihatan namun, beliau tidak dapat lari daripada masalah stres akibat bebanan kerja harian yang akhirnya menyumbang kepada percambahan benih-benih sel kanser dalam badannya. Kepada wanita, kanser merupakan pembunuh no 1 dengan nisbah risiko jangkitan 1:8. JADI, uruskan stres anda dengan imbangkan hormon anda. Kepada warga emas, Krill membantu MELEGAKAN SAKIT SENDI.



SPIRULINA PACIFICA


Komponen yang ketiga ialah bagi mengimbangkan semula diet pemakanan harian dengan Spirulina Pacifica. Setiap hari badan memerlukan 50 zat nutrien penting. Dalam Spirulina, ia membekalkan 46 zat nutrien yang diperlukan badan. Lagi 4, datangnya dari udara yang bersih, air yang bersih, cahaya matahari dan vitamin C. Ini bermakna, Spirulina merupakan makanan paling lengkap di dunia dan ia merupakan 100% alkali. Ini sangat bagus untuk seimbangkan asid dalam badan. Asid yang berlebihan dalam badan menggalakkan sel kanser untuk membiak dan mengundang penyakit-penyakit lain datang.

Ia bersifat detoks iaitu membersihkan & mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Terbaru, hasil kajian saintis Rusia, Spirulina mengandungi bahan Anti-Radioaktif yang melindungi badan dalam menghadapi kesan radiasi nuklear sebagaimana kes baru-baru ini di Jepun apabila loji nuklear di Fukushima meletup dan membebaskan gas radiasi ke udara akibat kesan tsunami yang melanda negara mereka. Walaupun kita dikhabarkan untuk tidak terlalu bimbang kerana radiasi yang terbebas ke udara tidak akan sampai ke negara kita tapi apa jaminannya ? Bagaimana kita tahu radiasi tersebut tersebar ke sini atau tidak ? Adakah kita boleh melihat radiasi tersebut ? Segalanya berbalik semula kepada situasi Pertama tadi, iaitu kita TAK TAHU & TAK NAMPAK jadi akhirnya kita akan ambil sikap sambil lewa dan tidak mengambil berat soal kesihatan. Tetapi bila tiba masa kita ada penyakit ketika itu mungkin sudah TERLAMBAT...

Jadi ketiga-tiga komponen di atas tadi bertindak melindungi diri kita dari segi ancaman dalaman badan kita yang kita TAK NAMPAK. Bagaimana pula dengan ancaman luaran badan seperti ancaman virus ?

BIO-C COMPLEKS


Tambahan komponen keempat adalah Bio-C Compleks yang bertindak melindungi  badan dari ancaman luar seperti ancaman Virus yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kes serangan virus H1N1, virus kencing tikus dan terbaru  adenovirus. Salah satu cara untuk melindungi diri adalah dengan meningkatkan sistem imun badan dalam melawan patogen penyakit. Bagi mencapai matlamat ini, Bio-C merupakan konsep vitamin C terkini dengan 4 kali ganda tindakan vitamin C biasa. Pengambilannya membantu badan mengekalkan vitamin C dalam badan  untuk tempoh yang lebih panjang. Kajian menunjukkan paras vitamin C meningkat 24 jam dengan pengambilan sebiji sahaja setiap hari.

Selain dari meningkatkan daya ketahanan badan, ia merendahkan paras gula dalam darah dan 'Jaminan' untuk kesihatan otak. Antara kelebihan Bio-C adalah ia lebih 4 kali lebih cepat kadar penyerapan daripada vitamin biasa. Tahan dalam badan sehingga 24 jam dan mempunyai nilai pH yang neutral. Justeru, ia amat sesuai untuk badan. Juga diperkayakan dengan Asid Lipoik Alfa, Zink dan Selenium. Ini seterusnya menawarkan 4 kali tindakan vitamin C. 

Anda MEROKOK?

Tambahan kepada mereka yang MEROKOK, anda mempunyai masalah untuk berhenti merokok kerana tabiat lama anda atau anda sememangnya tidak mahu berhenti merokok, Bio C adalah penyelamat anda. Mengikut kajian, sebatang rokok yang dihisap, 18mg Vitamin C tersingkir dari badan Perokok. Kesan kekurangan Vitamin C dalam badan menyebabkan Sistem Imun anda lemah dan mendedahkan anda kepada risiko pelbagai jangkitan penyakit dari luar mahupun kesan tabiat MEROKOK.

Justeru itu, sayangilah nyawa anda dan orang-orang tersayang dengan mengamalkan Bio C sebagai supplemen khas jika anda merokok. Ia membantu menawarkan racun dalam paru-paru anda serta membekalkan sumber Vitamin C yang mencukupi dan diperlukan badan anda. Bagi anda yang merokok disyorkan pengambilan 2 biji Bio C setiap hari.




klik untuk info lanjut tentang produk :

Prevent - Jeli Gamat GOLD
Booster - Bio-C Complex

Borang Pesanan (klik sini)

Comments

  1. Ini satu Compact Solution terbaik kepada ramai orang di luar sana dalam mengatasi masalah kesihatan. Insyallah jika kita dpt atasi ketiga2 situasi di atas melalui PCN, yang lain pun boleh dielakkan. Kos serendah RM6-7 sehari sahaja seolah2 kita makan sepinggan nasi kandar n air limau air. Dapatkan 1 set untuk mencuba keberkesanan Proaktif PCN.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mendapat kepastian status halal bagi produk Biocomplete Krill Omega Plus. Tidak ada sebarang keterangan khusus berkenaan dengan kandungan produk tersebut.Juga tidak disertakan sijil halal gelatin/kapsul seperti yang terdapat pada produk Vitaluxor dll. Sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  3. sila rujuk sijil halal yang telah saya upload.produk ini telah diproses di US.oleh itu sijil halal diperolehi dari sana.disebabkan sijil itu international dan boleh digunakan untuk semua negara jadi sijil halal daripada malaysia tidak diperlukan

    ReplyDelete
  4. Salam, saya berada di Singapore. Bagaimana saya nk dptkan produk PCN ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws. Singapore di mn ye? Sy blh minta tolong kawan sy di singapore

      Delete
    2. Saya menetap di kawasan Jurong West.

      Delete
    3. Salam En. En hubungi Kak Normah, Agen saya di Singapore +6596427505. Dia ada stokis sendiri (HOUSE OF GAMAT) di sana (bertentangan Masjid Kasim, Kembangan). Nanti beritahu dia, En Zariman dari Pulau Pinang yang introduced. Di Sana ada special offer untuk en k..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya