Tips Minum 8 Gelas Air Sehari Di Bulan Ramadhan
Alhamdulillah, semakin nak masuk bulan puasa ni, semakin panas pulak cuaca sekarang. Ini adalah satu cabaran umat Islam ketika berpuasa. InsyaAllah pahala berganda-ganda menanti kita umat Islam. 70 peratus daripada badan kita adalah air. Justeru itu, pengambilan air yang mencukupi sewaktu bulan puasa ni sangatlah penting supaya kita tak terdehidrasi. Kena pula cuaca panas sekarang ni, tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Minum air yang mencukupi sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan menjadi agen pembuang bahan toksin dalam badan. Selain itu, air diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepal