Kenapa Kita Harus Mengambil Lebih Vitamin-C? Pencemaran udara, kepanasan cuaca, tekanan kerja menyebabkan ramai yang menyalahgunakan ubat, merokok, meminum arak atau mengambil trankuilizer untuk meredakan keresahan. Tabiat ini menyebabkan kita kehilangan vitamin C. Justeru itu, bagaimanakah kita mendapatkan bekalan vitamin C yang mencukupi? Jikalau tidak, kita akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Pada peringkat awal, kita akan menghidap selesema, gusi berdarah apabila kita memberus gigi, mudah berasa letih, tekanan darah menurun, saluran darah halus mudah pecah seperti vena varikos (salah satu tanda ialah kesan lebam pada badan selepas bangun.) Kita juga mudah hilang selera makan, sakit kepala, kulit kepala tidak bermaya dan mudah berkedut. Kita sering mengabaikan kesan-kesan ini. Namun, masalah ini akan menjadi semakin serius dan membawa penyakit seperti anemia, artritis, dan sebagainya. Kandungan darah yang berasid, merupakan tanda-tanda awal tekanan darah tin