7 Tips Kesihatan Untuk Wanita 30-an
BILA umur dah masuk 30-an ni, banyak perbezaan dan perubahan tahap kesihatan badan berlaku berbanding dengan umur 20-an. Sebenarnya saya mudah rasa penat dan tidak bermaya nak plak kerap outstation untuk beberapa hari. Nak buat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak. Di sini saya kongsikan tips kesihatan untuk wanita yang berumur 30an. 1) Kawal Pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. 2) Guna Pelembap Yang Sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. Yang ter