Posts

Showing posts from March, 2015

GAMAT KURANGKAN SERANGAN MIGRAIN

Image
Anda penghidap migrain? Migrain lebih kerap terjadi kepada golongan wanita berbanding lelaki. Sesetengah penghidap mempunyai tanda-tanda awal sebelum diserang migrain seperti melihat cahaya berkelip-kelip, garisan zigzag ataupun ada juga yang mengalami penglihatan kabur buat sementara. Sakit migrain selalunya berdenyut-denyut dan sering kali terjadi hanya melibatkan sebelah kepala. Keadaan yang teruk mungkin membawa kepada rasa loya dan muntah. Pakar perubatan mempercayai bahawa migrain berlaku akibat penyempitan pada saluran darah di kepala . Bahkan juga berkait rapat dengan faktor gen yang mengawalatur aktiviti sel-sel otak. Bagi anda yang kerap diserang migrain, buat DIARI MIGRAIN . Ini kerana sedikit sebanyak membantu anda bagi mengenalpasti punca migrain, seterusnya dapat menghindari serangan migrain tersebut. Catat di dalam diari anda segala apa yang anda lakukan, makan, aktiviti, suhu dan sebagainya yang berlaku sebelum serangan migrain anda. Berikut disenara