Kenapa Kita Perlukan Vitamin Dan Suplemen?


Kebanyakan kita dah tahu kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan atau lebih mudah disebut vitamin setiap hari. Atau anda masih ragu atau belum tahu? Ok kalau belum tahu, boleh baca kenapa kita perlu ambil vitamin.


Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin atau suplemen :

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi.

Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin?

Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat.


Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat?

Yang paling jelas ialah, suplemen merupakan KEPERLUAN NUTRIEN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.

Berbeza dengan suplemen (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Saya akui vitamin atau suplemen kat luar sana memang mahal, terutama vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik. Maklum sajalah proses untuk menghasilkan vitamin dari sumber makanan asal ke dalam bentuk pil/kapsul melalui proses semulajadi yang cuba untuk mengekalkan kualiti makanan tersebut, dengan suhu yang sesuai, sumber yang asli dan sebagainya tentu lebih mahal berbanding vitamin sintetik yang boleh dicipta di makmal sahaja. Kalau nak yang murah, ada berlambak di jual di kedai. Tapi anda perlu berhati-hati kerana vitamin sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh dalam jangka masa panjang.

Jadi apa pilihan yang kita ada; vitamin semulajadi yang bagus tetapi mahal atau vitamin sintetik yang murah tapi memudaratkan?

Alhamdulillah, syukurlah saya dah jumpa suplemen yang boleh dikatakan bertindak sebagai Doktor Sel & membekalkan Makanan (khasiat) kepada sel, semulajadi tanpa kesan sampingan dengan harga berpatutan!

Jawapannya terdapat pada Royal Gamat Liquid Tradisea


Jom ubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat secara holistik dan jadikan sebagai amalan harian anda setiap hari.


Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya