Perangi Selulit. Bagaimana Cara Paling Mudah?
RASANYA
tidak ada yang lebih comel selain daripada sepasang lesung pipit yang menghiasi
wajah tatkal kita tersenyum. Orang yang melihat jatuh suka orang yang memiliki
pun jadi bangga.
Tapi
bagaimana pula dengan Selulit? Walaupun bunyinya seakan-akan sama dengan lesung
pipit, tetapi situasinya jauh berbeza. Secara ringkasnya, selulit adalah
lebihan lemak yang muncul pada bahagian kulit yang berkedut. Saya percaya tidak
ada seorang wanita pun yang suka dengan kahadiran selulit ini. hati pasti sedih
melihat masalah kulit itu muncul di paha, punggung, perut dan lengan. Wajah
cantik pun kurang kalau terlihatkan ‘benda’ ini. Lebih malang lagi selulit
bukan hanya menyerang wanita yang bertubuh gempal bahkan turut ada pada tubuh
wanita yang kurus.
Jelas
sekali selulit adalah musuh utama wanita selain jerawat, jeragat, kelemumur,
kulit kering, kedutan dan macam-macam lagi. (Hmm, banyak sungguh musuh
wanita!). Kehadirannya menurunkan peratus kecantikan dan keyakinan diri.
Keputusan paling tepat, selulit harus diperangi!
Pakar
kulit Hollywood, Horward Murad, MD dan penulis buku ‘The Cellulite Solution’
memberitahu, selulit bukanlah masalah lemak. Sebaliknya ia adalah sejenis
masalah kulit. Tidak kiralah anda mengalami berat badan yang lebih atau kurang,
selulit tetap berpotensi untuk menyerang. Lemak punca selulit tidak sama dengan
lemak yang menukarkan anda daripada saiz S ke saiz XL. Lemak ini tersimpan jauh
di bawah kulit dan kedudukannya hampir dengan tulang kita. Inilah yang tubuh
kita gunakan untuk membakar makanan sebagai tenaga.
Dalam
erti kata lain, selulit terhasil daripada saki baki sel lemak yang ada di dalam
kulit. Ia tidak boleh dibakar sebagai tenaga. Oleh itu, tindakan kita untuk
berdiet, bersenam bahkan juga melakukan proses sedut lemak tidak membantu
menghilangkan selulit sepenuhnya.
Mahu
akui atau tidak, selulit memang masalah utama hampir kebanyakan wanita. Ia
banyak menyerang mereka yang berusia di atas 35 tahun. Walaupun pelbagai
penyelidikan telah dijalankan, para doktor masih lagi belum berjaya menemui
punca utama yang menyebabkan terjadinya selulit. Tetapi secara kesimpulannya,
mereka percaya hormon dan anatomi adalah kunci utama.
Menurut
Bruce Katz, MD dan pengarah perubatan Juva Skin and Laser Center di New York,
“Bukti terbaik yang menunjukkan pertambahan insiden wanita mendapat selulit
bukanlah kerana hormon semata-mata, bahkan juga kerana anatomi yang dipanggil
‘septa’. Ia adalah sekumpulan tisu berserabut yang mengelilingi sel lemak di
dalam kulit. Bagi lelaki, ‘septa’ ini bergerak dalam bentuk berpenjuru manakala
bagi wanita pula, ‘septa’ bergerak secara menegak.
Sewaktu
kita muda, ‘septa’ tidak menjadi masalah. Ini kerana kedua-dua bentuk gerakan
berfungsi dengan baik untuk memastikan selulit tersimpan elok di lapisan kulit
paling bawah. Tetapi sebaik usia meningkat, ‘septa’ elastik ini akan menjadi
lebih keras dan sukar. Apabila ia bergerak, ia akan menghampiri sel selulit
yang mana akhirnya ia mula merubah pergerakan bentuk asalnya.
Katz
berkata, apabila ‘septa’ ini bergerak secara menegak, hasilnya ia akan
memberikan kesan seperti bentuk permukaan tilam. Sel lemak akan menolak di
antara satu sama lain dan akhirnya ia membentuk lekukan yang dikenali sebagai
selulit.
Anda Ada Selulit? Salahkah
Ibu!
Kata
doktor, selulit akan dibawa pada setiap generasi. Kalau nenek atau ibu anda
mempunyai masalah selulit, anda pun perlu bersedia untuk menghadapinya. Inilah
kenyataan yang perlu dihadapi oleh setiap mereka yang bergelar wanita.
Namun
dalam 20 tahun kebelakangan ini, pelbagai pilihan rawatan telah
diimplimentasikan. Walaupun penemuaan sains terhadap masalah ini masih goyah
dan banyak kajian lagi belum berjaya dibuktikan, namun ada beberapa kajian
menunjukkan hasil yang hampir sama. Terdapat beberapa pilihan untuk anda
melawan selulit ini, antaranya adalah :
Pilihan
1 - Krim & Losyen - Paling mudah
dan murah.
Pilihan
2 - Diet Selulit - Diet yang memberi
‘makan’ kepada kulit.
Pilihan
3 - Penggunaan Cahaya - Mencairkan
selulit.
Pilihan 4 - Urutan Berteknologi Tinggi -
Gabungan urutan mekanikal dan kaedah menyedut.
Pilihan
5 - ‘Mesotherapy’ - Antara rawatan
paling kontroversi.
Apapun
pilihan dan jenis rawatan yang ada, perlu anda ingat yang membuang selulit
tidak semudah menghilangkan jerawat di muka. Sebelum anda membuat keputusan
mencuba apa jua jenis rawatan, pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan
doktor. Dapatkan juga maklumat tambahan menerusi pembacaan di internet, buku
atau berkongsi pengalaman dengan orang yang pernah melakukan rawatan tersebut.
Hendak cantik tidak salah, tetapi usah sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri!
Namun,
melalui pengalaman saya dengan pelanggan yang mempunyai masalah ini, Pilihan 1
& 2 antara yang paling berkesan, kosnya rendah & paling penting ia
paling selamat. Dicadangkan kepada anda yang mengalami masalah ini untuk
mengamalkan Jeli Gamat Gold & Krill Omega Plus bagi mengatasi punca
selulit yang disebabkan oleh faktor hormon & anatomi. Selain itu, boleh
juga sapu dengan mencampurkan Minyak
Urut Aromaterapi Gamat dan Losyen
Tangan & Badan Gamat. Cubalah hari ini!
Borang Pesanan (klik sini)
Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)
Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Selulit
ReplyDeletesama2 puan :-)
Delete
ReplyDeleteAssalam , masalah selulit atau lebih terkenal dengan namanya strech mark memang sangat menganggu bukan ?Habis hilang keyakinan diri tu .Tak apa .Ada cara untuk Menghilangkan Masalah Selulit Anda Dengan Berkesan
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
ReplyDeleteAssalam , masalah selulit atau lebih terkenal dengan namanya strech mark memang sangat menganggu bukan ?Habis hilang keyakinan diri tu .Tak apa .Ada cara untuk Menghilangkan Masalah Selulit Anda Dengan Berkesan
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)