Risau Bayi Anda Mengalami Masalah Kuning @ Jaundis Selepas Bersalin?


Artikel Dipetik Daripada Tulisan : DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi yang baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.


Penyakit Kuning Tak Berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran. Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).


Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya :

1. Penyakit kekurangan enzim Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) yang biasanya melindungi daripada kesan tekanan pengoksidaan pada sel darah merah di dalam darah yang menyebabkan ia tidak stabil apabila terdedah kepada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. 

2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus negatif atau ABO.

3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia).

4. Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis).

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism iaitu Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Selain itu, kemungkinan jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundice.

Breast milk jaundice boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.


Penyakit Kuning Berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.

Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.


Kesan-Kesan Jaundis

Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).


Rawatan Jaundis

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah Rawatan Fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.



Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.

Rawatan Penukaran Darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Petua Rawatan Tradisional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar terlalu panas nanti bayi kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau.
  2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
  4. Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
  5. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam beberapa hari.
  6. Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang direbus tadi dan diberi minum pada bayi anda sekali sehari.
  7. Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing (sikit saje) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.
  8. Sesetengah orang petua beri anggur hitam, jus sahaja.


Bagaimanakah Caranya Untuk Mengurangkan Risiko Terjadinya Jaundis & Untuk Mengatasinya?

Pandangan Blogger : Berdasarkan kepada artikel di atas, segala penyakit atau masalah kesihatan yang dihadapi pastinya ada punca atau penyebabnya. Ia tidak akan terjadi dengan sendirinya. Justeru, jika kita ingin mengatasi sesuatu penyakit atau masalah kesihatan ia perlu bermula daripada puncanya. Mari kita kaji dan berbincang mengenai puncanya dan penyelesaian terbaik.

Secara kesimpulannya, masalah Jaundis berlaku disebabkan atau bermula sejak dalam kandungan lagi. Ini bermaksud, semasa proses tumbesaran bayi dalam kandungan, ia banyak dipengaruhi oleh tabiat pemakanan dan juga gaya hidup ibu yang mengandungkannya. Apa yang dimakan oleh ibunya juga akan disalurkan kepada bayi. Jika ibu tidak memakan makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran bayi mungkin tumbesaran bayi tidak berlaku dengan sempurna.

Sebagai contoh, tumbesaran bayi bermula dengan pertumbuhan sel-sel yang akan membentuk tisu-tisu. Kemudian, tisu-tisu ini akan bergabung membentuk organ-organ dan akhirnya terbentuklah jasad manusia yang sempurna dengan gabungan fungsi-fungsi organnya. Namun, sel-sel yang membesar dengan sihat memerlukan ‘makanan’ atau dalam erti kata lain nutrien yang diperlukan untuk ia berkembang dengan baik. Jika terdapat nutrien-nutrien penting yang tidak dapat dibekalkan kepada bayi, kemungkinan tumbesaran organ-organ tidak dapat berkembang dengan baik dan kemungkinan lambat matang. Lambat matang bermaksud organ tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik terutama apabila lahir kelak.

Dalam kes ini, kebanyakkan organ hati bayi yang baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Pandangan seterusnya, mengenai kenaikan paras bilirubin pula dikaitkan dengan jumlah sel darah merah yang banyak atau terlebih (polycythemia) terutama bagi bayi yang baru lahir.

Persoalannya, bagaimana agaknya boleh berlaku keadaan terlebih sel darah merah?

Adakah disebabkan oleh ubat darah yang dibekalkan doktor kepada ibu mengandung ‘menggalakkan’ badan menghasilkan sel darah merah secara tidak semulajadi bermaksud secara tidak normal? (badan kita secara semulajadinya mempunyai mekanisme tersendiri dalam pengawalan terhadap penghasilan sel darah merah. Ia tidak akan membiarkan berlakunya kekurangan atau menyebabkan penghasilan yang berlebihan. Jika keadaan ini berlaku, ia menunjukkan bahawa sistem tubuh badan kita tidak normal).

Kita dapati bilirubin ini terhasil apabila berlakunya pemecahan sel darah merah apabila tamat tempoh hayatnya atau kemungkinan disebabkan oleh faktor kecederaan ketika kelahiran seperti penggunaan kaedah vakum atau forsep. Jika dikaitkan dengan faktor kecederaan mungkin ada logiknya kerana pengalaman kelahiran anak pertama saya menggunakan kaedah forsep jadi mungkin menyumbang kepada berlakunya kecederaan dan menyebabkan pemecahan sel darah merah yang banyak akhirnya menyebabkan berlakunya Prolonged Jaundis. Berbeza dengan anak kedua saya yang bersalin normal hanya suspek Jaundis dalam sehari-dua selepas itu tiada.


Jadi, pandangan saya seterusnya, ada kemungkinan juga sel darah merah bayi yang lahir, tamat tempoh hayatnya berlaku terlalu cepat sehingga hati tidak sempat hendak memproses bilirubin dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini disokong pula dengan faktor kemungkinan berlakunya kekurangan enzim Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) yang biasanya melindungi daripada kesan tekanan pengoksidaan pada sel darah merah di dalam darah yang menyebabkan ia tidak stabil apabila terdedah kepada bahan-bahan tertentu. Namun, kes ini agak terpencil hanya 5% sahaja yang dilaporkan mengalami masalah ini.

Biasanya, apabila bayi didapati mengalami Jaundis, ibu akan disyorkan untuk menyusukan bayi dengan kerap supaya bayi dapat kencing dan membuang najis dengan harapan bilirubin akan terbuang daripada badan.


Agak menarik juga untuk kita kupas di sini, kita sedia maklum, susu ibu merupakan susu terbaik untuk perkembangan bayi terutama menguatkan sistem organ bayi kerana susu ibu mengandungi nutrien yang lengkap yang diperlukan bayi di samping meningkatkan sistem imun bayi yang baru lahir.

Namun, biasanya ada 2 masalah yang sering berlaku di sini.

Pertama nya, ada sesetengah ibu mengadu mereka tidak ada susu badan atau susu badan sedikit atau susu tidak mahu keluar dan sebagainya.

Yang kedua nya, ibu yang hendak menyusu bayi mereka haruslah mengambil pemakanan yang sihat agar penghasilan susu badan banyak dan berkhasiat.


Isu Pertama

Alasan ini sering diberikan apabila susu badan tiada. Sebenarnya, penghasilan susu badan adalah disebabkan perembesan hormon prolaktin yang merangsang penghasilan susu badan. Penghasilan hormon ini dikaitkan juga dengan keinginan yang kuat dari ibu sejak mengandung lagi untuk menyusukan bayi mereka. Selain itu, ibu yang hendak menyusu bayi mereka kadangkala peringkat awal susu badan lambat keluar. Jadi mereka harus bersabar dan rajin mencuba untuk menyusukan bayi mereka. Kadang-kadang bayi belum pandai hendak menghisap susu jadi ibu harus melatih dengan membiasakan bayi untuk menyusu badan.


Insyaallah dengan berkat kesungguhan anda dapat menyusukan bayi anda selama 6 bulan dan jika boleh diteruskan sehingga 2 tahun tanpa campur dengan susu formula. Dalam tempoh ini juga, jika pasangan berhajat untuk merancang kelahiran, dengan meneruskan menyusu bayi dengan susu badan, akan menyukarkan untuk berlakunya pelekatan pada dinding rahim. Namun, ia bukanlah antara kaedah utama bagi anda yang ingin merancang kehamilan.


Berbalik kepada isu hormon prolaktin tadi, jika berlaku keadaan hormon tidak stabil bermaksud penghasilan hormon prolaktin kurang, maka kemungkinan penghasilan susu badan akan turut terjejas. Jadi, hormon yang seimbang penting dalam penghasilan susu badan yang banyak.


Isu Kedua

Penghasilan susu badan yang berkhasiat juga bergantung kepada tabiat pemakanan ibu yang mengandung sehinggalah ia melahirkan kandungannya. Setiap hari badan memerlukan 50 nutrien penting dalam perkembangan tumbesaran sel-sel badan sehinggalah kepada perkembangan organ-organ. Ini penting kerana susu badan yang berkhasiat lengkap dengan segala nutrien penting yang diperlukan bayi untuk tumbesaran terutama perkembangan organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan lain-lain termasuklah hati. Jika susu ibu membekalkan nutrien yang mencukupi, ia akan membantu hati bayi dapat berfungsi dengan matang dan secara tidak langsung dapat memproses bilirubin dalam darah dengan cepat dan membuang melalui najis sepenuhnya. Seterusnya dapat memulihkan masalah kuning dengan segera.


Apakah Penyelesaian Terhadap Masalah Ini?

Dengan keadaan gaya hidup yang moden, sibuk dan pengambilan pemakanan yang tidak lengkap keperluan nutrisi badan, memerlukan ibu-ibu yang mengandung atau bagi wanita-wanita muda yang baru mendirikan rumahtangga menyediakan pelan mengenai pengambilan pemakanan yang seimbang & selamat daripada penggunaan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan manusia.

Hari ini, seperti yang kita ketahui, ayam yang dijual di pasar kebanyakkan disuntik dengan antibiotik untuk menggalakkan tumbesaran dengan cepat, sumber protein seperti ikan terutama yang diimpot kemungkinan terdedah kepada penggunaan bahan pengawet berlebihan seperti penggunaan formalin. Sayur-sayuran juga didapati terdedah dengan kandungan racun serangga yang tinggi akibat kesan penggunaannya yang masih meluas yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Jadi, apa pilihan yang anda ada untuk mengatasi masalah ini?

Amalkan Pro Aktif PCN

Antara alternatif sumber pemakanan terbaik & pada harga yang agak munasabah penggunaan jangka masa panjang untuk kesihatan anda adalah PRO AKTIF PCN yang mengandungi 4 komponen utama bertaraf 5 bintang.

Komponen Pertama : Jeli Gamat GOLD. Kenapa?



Sari Gamat GOLD mengandungi Sebatian Bio-Aktif yang bertindak memulihkan sel-sel dan meremajakan sel-sel. Ini termasuklah merangsang pertumbuhan sel-sel bayi berkembang dengan baik terutama organ hati supaya cepat matang apabila dilahirkan.

Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat tempoh bagi sel darah merah supaya pemecahan sel darah merah tidak berlaku dengan terlalu cepat dan dapat memberikan masa yang mencukupi untuk hati berfungsi dengan matang.

Ia membantu menstabilkan paras hormon dalam badan terutama bagi ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu badan.

Zaman ini, ramai wanita terpaksa bekerja untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga. Jadi beban tanggungjawab yang dipikul mereka begitu besar. Bagi mereka yang berkerjaya, mereka perlu memainkan peranan sebagai pekerja, isteri, ibu dan juga sebagai anak. Jadi kadang kala rasa stres tidak dapat dielakkan.

Kajian terbaru dari Columbia Centre for Children’s Enviromental Health in New York City menyatakan sekitar 70% ibu yang mengalami masalah tekanan dan kegelisahan semasa hamil menyatakan anak mereka telah didiagnosis mengalami asma sebelum mencapai usia 5 tahun.

Dr. Rachel Miller, Pakar Simptom Alahan pula menambah, alahan teruk seperti batuk, sukar bernafas, bersin dan dada berasa sejuk biasanya berlaku ke atas bayi akibat dipengaruhi oleh faktor keadaan mental dan kesihatan ibu yang tertekan. Justeru itu, dalam Jeli Gamat GOLD, didapati ada sejenis bahan penenang yang boleh membantu anda rasa lebih tenang.

Komponen Kedua : Luxor Spirulina Pacifica. Kenapa?

Spirulina Pacifica membekalkan 46 nutrien daripada 50 nutrien penting yang diperlukan badan. Ia dapat membantu perkembangan sel-sel organ bayi berkembang dengan baik dan sihat kerana dibekalkan zat yang mencukupi.

Penemuan terkini oleh pengeluar Spirulina Pacifica iaitu Cynotech Hawaiian, dalam Spirulina Pacifica mengandungi Vitamin K2 iaitu untuk penggumpalan darah dan pemadatan tulang. Jadi, ia dapat menjalankan fungsi yang sama seperti ubat darah yang doktor berikan. Berbeza dengan ubat darah yang diberikan doktor, Spirulina Pacifica merupakan bahan pemakanan kesihatan semulajadi yang menggalakkan badan menjalankan fungsinya secara semulajadi terutama dalam penghasilan darah. Pengalaman isteri saya sendiri, ketika mengandungkan anak kedua, beliau tidak makan langsung ubat darah yang doktor berikan malah hanya menggantikannya dengan memakan Spirulina Pacifica sehingga anak kedua kami dilahirkan. Beliau tidak mempunyai masalah pening-pening akibat kekurangan darah dan Alhamdulillah anak yang kedua tidak mengalami kuning yang lama dalam sehari dua sahaja. Berbeza dengan anak pertama dulu, beliau ada mengambil ubat darah yang diberikan doktor.

Selain itu, Spirulina Pacifica membekalkan tenaga dan menyebabkan ibu rasa kurang lapar. Fungsi utamanya menyingkirkan toksin dalam badan membantu anda rasa lebih cergas dan bertenaga terutama ketika ibu hamil hendak bersalin, anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran.

Sifatnya yang 100% alkali, akan mengimbangkan asid dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kerana ia akan merencatkan pertumbuhan sel kanser dan menyediakan badan dalam keadaan 80% medium yang beralkali. Menurut kajian, sel kanser paling suka pada medium yang berasid.

Komponen Ketiga : Krill Omega Plus. Kenapa?

Bagi mengimbangkan hormon dalam badan, Krill Omega Plus sangat penting untuk dijadikan sebagai amalan ketika mengandung. Malah pada kaum wanita, ia merupakan antara faktor terpenting dalam membantu mengimbangkan masalah berkaitan hormon termasuklah masalah PMS, tiroid dan lain-lain lagi. Bagi seorang wanita yang sihat, rahsianya adalah dengan memastikan hormon mereka sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang.

Selain itu, Krill Omega Plus membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian jantung dan melindungi jantung daripada masalah keradangan.

Krill Omega Plus juga membantu meningkatkan 44% paras kolesterol baik (HDL) dan menurunkan 55% paras kolesterol jahat (LDL). Ini dapat membantu ibu hamil mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Kepada warga emas, masalah sendi sering merisaukan anda. Selepas ini, anda pasti ceria apabila masalah sakit sendi anda dapat dilegakan melalui Krill Omega Plus. Ia mengurangkan 24% kesakitan, 22% kekejangan serta 19% keradangan pada bahagian sendi. Kepada wanita yang hamil juga kadang kala anda mengalami masalah sakit pinggang belakang terutama ketika berjalan atau berbaring jadi Krill Omega Plus dapat membantu anda.

Komponen Keempat : Bio C Complete. Kenapa?

Dewasa ini, ancaman terbesar kepada mereka yang sihat adalah ancaman luar terhadap kesihatan mereka seperti serangan virus, bakteria dan patogen-patogen lain yang boleh memudaratkan kesihatan mereka terutama ibu yang sedang hamil. Bio C Complete akan meningkatkan perlindungan sistem badan ibu hamil selama 24 jam. Ia membantu menggandakan antibodi dalam badan dalam melawan penyakit yang disebabkan ancaman dari luar badan.

Bio C Complete juga jika diamalkan ibu yang sedang menyusu badan akan membantu meningkatkan sistem imun bayi melalui susu ibu. Zaman sekarang kebanyakkan bayi-bayi baru lahir yang berusia sekitar 5 tahun ke bawah sering mengalami masalah kesihatan dan mudah dijangkiti penyakit. Justeru, jika anda mengasihi bayi anda daripada menderita dengan ancaman pelbagai penyakit, amalkan Bio C Complete.

Selain itu, Kandungan Asid Lipoik Alfa dalam Bio C Complete menstabilkan paras gula dalam darah dan merendahkan kolesterol. Paras gula yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan kesukaran ketika hendak melahirkan bayi anda kerana saiz bayi anda lebih besar daripada kebiasaannya dan kemungkinan bayi anda terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

Ia juga melindungi otak daripada kerosakan dan memulihkan fungsi otak yang sihat sekiranya aliran darah ke otak tersekat. Menurut kajian terkini, ibu hamil perlu mengambil vitamin C yang mencukupi supaya bayi dalam kandungan mereka tidak mengalami masalah gangguan pada perkembangan otak yang menyumbang kepada masalah keupayaan daya ingatan dan pembelajaran ketika pembesaran kehidupannya sebagai kanak-kanak nanti.


Macam Mana Cara Makan Pro Aktif PCN Ini?

Bagi anda yang sedang hamil, masa terbaik untuk makan PCN adalah ketika perut kosong atau sebelum menjamah apa-apa makanan. Cara makannya :

Jeli Gamat GOLD    - 1 sudu besar pagi & 1 sudu besar malam

Spirulina Pacifica   - 5 biji pagi & 5 biji malam

Krill Omega Plus     - 1 biji sehari (pagi)

Bio C Complete      - 1 biji sehari (pagi)

Bagi anda yang sedang menyusukan badan, untuk bayi anda juga mendapat manfaat, PCN perlu dimakan oleh ibu dan khasiatnya akan disalurkan melalui susu ibu.

Jika bayi anda adalah masalah lendir atau kahak di tekaknya atau kelihatan seperti lelah, batuk atau selesema, titikkan sedikit Jeli Gamat GOLD ke dalam mulut bayi anda. Insyallah, lendir yang terhasil akan keluar ketika bayi muak susu atau melalui najisnya. Cubalah, anak saya sendiri sejak daripada anak yang sulung sehinggalah adiknya jika baru nak jadi seperti simptom-simptom di atas, saya akan segera titikkan pada mulut mereka. Alhamdulillah, jika keadaan tidak terlalu teruk, biasanya dalam sehari dua anak dah pulih.

Anak yang sulung sehingga sekarang usianya sudah mencecah 2 tahun. Jeli Gamat GOLD & Spirulina Pacifica merupakan makanan yang digemarinya. Dan jika dia kelihatan hendak demam saya akan suapkan dulu 1 sudu kecil Jeli Gamat GOLD. Kadang-kadang anak ketika demam tekaknya berasa kurang selesa dan kurang selera hendak makan. Jadi suapkan 1 sudu kecil Jeli Gamat GOLD supaya tekaknya berasa lega dan tidak rasa gatal. Namun, jika keadaan agak teruk, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Dikhuatiri jika tekak kelihatan kemerahan atau bengkak boleh jadi ada jangkitan kuman atau tonsil.

Jadi rujuk pada pakar perubatan. Jeli Gamat GOLD berperanan sebagai suplemen tambahan dan berfungsi sebagai ubat tradisional. Jadi, disyorkan untuk anda amalkanlah Pro Aktif PCN dan simpanlah sebotol Jeli Gamat GOLD supaya dapat digunakan ketika kecemasan.

Cubalah Pro Aktif PCN hari ini!

 

Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya