Posts

Showing posts with the label natural produk

6 MANFAAT GAMAT UNTUK KEANJALAN OTOT YANG MUDA & SIHAT

Image
Gamat, merupakan haiwan laut yang mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk untuk keanjalan otot. Berikut adalah beberapa manfaat gamat untuk kekejangan otot : 1) Sumber Protein : Gamat mengandungi protein tinggi yang penting untuk membina dan membaiki otot. Protein adalah salah satu nutrien utama yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan dan mengekalkan keanjalan otot. . 2) Kandungan Kolagen Peptida : Gamat mengandungi kolagen, iaitu protein struktur yang penting dalam pembentukan tisu penghubung, termasuk otot. Kolagen membantu menguatkan struktur dan kekuatan otot, seterusnya meningkatkan keanjalan dan daya tahan otot. . 3) Asid Amino Perlu : Gamat mengandungi pelbagai asid amino penting yang diperlukan oleh badan untuk sintesis protein otot. Asid amino penting memainkan peranan penting dalam membaiki kerosakan otot selepas melakukan aktiviti fizikal dan membantu dalam proses pemulihan. . 4) Anti-radang : Gamat mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kerada...

6 MANFAAT GAMAT UNTUK TIROID

Image
Gamat mempunyai beberapa potensi manfaat untuk kesihatan tiroid. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kajian tentang manfaat gamat khusus untuk tiroid masih terhad, dan kajian lanjut diperlukan untuk memahami sepenuhnya kesannya terhadap kesihatan tiroid. Berikut adalah beberapa faedah yang mungkin berkaitan dengan kesihatan gamat dan tiroid : 1) Kandungan Mineral : Gamat mengandungi pelbagai mineral penting seperti iodin, selenium, dan zink. Mineral ini penting untuk fungsi tiroid yang sihat. Sebagai contoh, iodin adalah komponen penting dalam pengeluaran hormon tiroid. Pengambilan iodin yang mencukupi dapat membantu mengekalkan keseimbangan hormon tiroid dan mencegah gangguan tiroid seperti goiter. 2) Anti-Radang : Gamat mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit tiroid autoimun, seperti tiroiditis Hashimoto atau penyakit Graves. Keradangan kronik kelenjar tiroid boleh menjejaskan pengeluaran hormon tiroid dan keseim...

RISAU GASTRIK @ GERD TIADA KESUDAHAN? GAMAT SOLUSI TERKINI

Image
Adakah anda mengalami..  Rasa pedih hulu hati?  Rasa sendawa?  Kerap buang angin?  Perut Kembung?  Hilang selera makan?  Najis berwarna hitam?  Jika anda mengalami simptom atau gejala di atas, anda kemungkinan menghadapi masalah Gastrik atau GERD.  Dalam buku yang telah ditulis khas oleh Prof Ridzwan Hashim berjudul "GAMAT" pada muka surat 40 mengatakan bahawa ;    "Gamat meningkatkan rembesan mukus (lendir) pada gester (perut) dan mempercepatkan proliferasi (penjanaan) sel-sel epiteliumnya pada gaster tikus yang telah teraruh ulser (perut)"    Maksudnya di sini, pada dinding perut kita terdapat bendalir mukus yang menghalang asid daripada mencederakan dinding perut. Apabila bendalir mukus ini berkurangan, akhirnya dinding perut terhakis. Jadi, Gamat menghasilkan semula mukus ini dan mengurangkan rasa sakit kerana gamat mempunyai kesan analgesik iaitu bahan penahan sakit semulajadi.  Selain itu, Gamat membantu menguatkan s...

Asid Urik Berlebihan Penyebab Gout

Image
Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan hingga membuatkan bahagian sendi seperti jari, buku lali dan lutut membengkak. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein dipanggil purin yang secara normalnya dibuang melalui air kencing. Bagaimana Asid Urik Berlebihan Dalam Badan? Segala makanan yang anda ambil dan prosedur penguraian semula jadi merupakan satu cara biasa untuk mensintesis asid urik. Buah pinggang adalah organ yang berfungsi menapis asid ini dan ia biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, ia mungkin dikeluarkan melalui najis. Sekiranya buah pinggang anda tidak berfungsi secara normal atau terlalu banyak asid urik yang terhasil, ia akan menyebabkan peningkatan tahap asid tersebut di dalam darah. Individu dengan tahap asid yang tinggi, akan cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Ia adalah penyakit...

TIROID

Image
TIROID merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid.  Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan. Ini sangat penting  segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan. Tiroid adalah penyakit yang menyerang kelenjar tiroid. Penyakit ini tidaklah merbahaya jika pesakit mendapatkan rawatan perubatan yang betul.  Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar, menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Keadaan lebih bah...

Migraine @ Sakit Kepala

Image
Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab atau Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan disebabkan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stres seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dan lain-lain. Faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (coklat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll. Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas. Cadangan Penyelesaian : Royal Gamat Liquid Tradisea ...

Batu Karang Dalam Pundi Hempedu

Image
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah tiroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tandanya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembong, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak. Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas. Cadangan Penyelesaian : - Royal Gamat Tradisea dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan keradangan.  - Ia juga membantu menyembuhkan luka dalaman selepas pembedahan. - Terdapat juga ...

Soalan Yang Kerap Ditanya Mengenai Khasiat & Manfaat Royal Gamat GOLD Tradisea

Image
Royal Gamat GOLD Tradisea  ini dibuat dengan kepekatan tertinggi dan paling berkesan dengan menggunakan ekstrak gamat emas tulen ( Stichopus variegatus ). 1. Bolehkah saya mengambil ubat bersama-sama dengan Royal Gamat GOLD Tradisea ? Royal Gamat GOLD Tradisea  adalah 100% ekstrak semulajadi tanpa bahan kimia tambahan dan dengan itu ia tidak akan menyebabkan apa-apa kesan sampingan. Walau bagaimanapun, jika anda sedang mengambil ubat-ubatan hospital, kami mencadangkan anda untuk mengambil 1 jam selepas mengambil Royal Gamat GOLD Tradisea untuk memastikan kesan sepenuhnya. 2. Adakah ia akan menyebabkan kesan sampingan? Royal Gamat GOLD Tradisea adalah makanan tambahan semula jadi dan tidak menyebabkan apa-apa kesan sampingan. Sesetengah pengguna mungkin akan mengalami 'krisis penyembuhan' selepas mengambil produk sebagai respon badan dalam proses pemulihan fungsi-fungsinya. 3. Bolehkah wanita mengandung mengambil Royal Gamat GOLD T...