TANDA-TANDA 'FROZEN SHOULDER'


‘Frozen shoulder’ adalah masalah pada bahu yang sakit dan susah digerakkan, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad.


Ia biasa dialami oleh individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

TANDA-TANDA

Pesakit mengalami kesakitan yang berterusan dan pergerakan bahu terhad. Keadaan ini akan menjadi teruk apabila ia dibiarkan.

Ia berlaku dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya.

1. Peringkat pertama :

Pergerakan sendi bahu akan menyebabkan rasa sakit. Tetapi masih boleh digerakkan.

2. Peringkat kedua :

Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan terhad kerana sendi menjadi keras dan sakit.

3. Peringkat ketiga :

Pergerakan bahu beransur-ansur pulih dan rasa sakit semakin hilang.

PENYEBAB

‘Frozen shoulder’ berlaku apabila terdapat pembentukan tisu parut di sekitar bahu. Parut ini semakin tebal dan tegang seterusnya menghalang pergerakan bahu.

Kebanyakan pesakit yang mempunyai sejarah kecederaan atau terlalu kerap menggunakan sendi bahu. Ia dikatakan berkat
dengan penyakit diabetes.

RAWATAN

1. Pil penahan sakit (NSAIDs) seperti ibuprofen boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan.

2. Pek hangat atau sejuk (hot pack or cold pack) berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan melegakan bengkak pada bahu pesakit.

3. Terapi fisioterapi

Sama ada teknik mobilisasi sendi, senaman regangan otot, senaman menguatkan otot, rawatan elektroterapi, dan lain-lain.

4. Suntikan steroid bagi mengurangkan kesakitan dan kebengkakan.

5. Transcutaneous Electrical Neuromuscular Stimulation (TENS)
TENS merupakan sejenis mesin yang menghantar aliran elektrik dalam amaun yang kecil kepada pad atau elektrod yang dilekatkan pada kulit pesakit.

Semoga bermanfaat.


COACH MOHD ZARIMAN GAMAT EXPERTS SINCE 2005 Certified ESQ 3.0 Coach Pengamal Perubatan Tradisional Melayu & Komplementari (PT&K) . Untuk info lanjut klik link di bawah : https://linktr.ee/HouseOfGamatGoldMalaysiaHQ


Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/BlogInfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya