ANXIETY DISORDER (Berdebar @ Gemuruh)

Image result for anxiety disorder

Kita semua mengalami debaran and keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara.

Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.

Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami situasi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.

8 TANDA ANDA MENGALAMI ‘ANXIETY DISORDER’

1. BIMBANG SEPANJANG MASA
“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.


2. SUKAR TIDUR
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.

Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.

Kita semua mengalami debaran and keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara.

Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.

Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.


3. KETEGANGAN OTOT
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.

Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.


4. MASALAH PENGHADAMAN YANG KRONIK
Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.

Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.


5. NERVOUS BREAKDOWN
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.

Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stres.


6. HANYA FOKUS PADA KOMEN NEGATIF
Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.

Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.


7. PANIC ATTACK
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.

Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.


8. SUKAR MENJALIN HUBUNGAN
Selain disebabkan bimbang tentang masalah yang dihadapi sekarang, lazimnya seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering terkenangkan peristiwa lampau hingga ia begitu kerap membayangi fikiran.

Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Bahkan, hubungan dengan keluarga juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Anda mungkin melakukannya tanpa sedar kerana terlalu takut untuk disakiti atau takut kehilangan mereka.


Cadangan Penyelesaian :

Justeru, apabila kami mula memperkenalkan konsep 3 terapi melalui program 1 RUMAH 1 TERAPIS, ini merupakan salah satu ikhtiar yang dapat membantu mereka yang mengalami masalah di atas. . Alhamdulillah selain, mengamalkan terapi pernafasan yang betul dan juga terapi urutan, mujur ada Royal Gamat Liquid Tradisea ini sebagai terapi nutrisi sebab Gamat itu sendiri didapati mempunyai daya penenang (anxiolytic) semulajadi dan di dalam kes tertentu dapat mengurangkan debaran jantung.



Cara pengambilan :

Dalaman :
Royal Gamat Liquid Tradisea : (2 Sudu pagi dan 2 sudu malam) 


Untuk pembelian terus klik link di bawah :
https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya