11 Tips Berkesan Hilangkan Mengantuk.. Selain Dari Pergi Tidur!
✔ Hampiri Kawasan Bercahaya.
Langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.
.
✔ Basuh Muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyegarkan mata anda.
.
✔ Wangian Aromaterapi
Wangian Aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan merangsang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.
.
✔ Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.
.
✔ Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk.
.
✔ Pandang Pepohon Hijau
Taman hijau dapat menyegarkan permandangan sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk.
.
✔ Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.
.
✔ Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.
.
✔ Amalkan Teknik Pernafasan Betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
.
✔ Berjalan-Jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
.
✔ Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk.
.
Hari Isnin biasanya masih lagi mood cuti, so nak refresh lambat sikit kan, sebab tu rasa mengantuk. Apapun selamat mengamalkan tips-tips di atas, semoga dapat mengembalikan semangat anda demi sebuah rezeki yang halal.
.
#dRGamat
Comments
Post a Comment