Jeli Gamat GOLD Untuk Semua Golongan Usia
Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak
PERKEMBANGAN awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .
Pertumbuhan
Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu. Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi.
1. Perkembangan Fizikal
Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.
2. Perkembangan Bahasa
Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.
3. Perkembangan Kognitif
Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
4. Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Bagi tujuan ini, kanak-kanak memerlukan Jeli Gamat GOLD untuk membesar dengan sihat.
Comments
Post a Comment