Tekanan Darah Tinggi @ Hipertensi


Tekanan Darah Tinggi (atau ‘high blood pressure/ hypertension') merupakan satu penyakit yang sentiasa kita dengari dalam masyarakat kita, tidak kisah di Malaysia atau di mana juai. Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat dilihat komplikasinya setelah bertahun-tahun kita menghidapnya secara senyap. Penyakit ini sangat berbahaya kerana dapat merosakkan saluran darah kita dan organ dalaman.

Kenapa doktor selalu menasihati agar sentiasa membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala? Kerana penyakit ini tidak kita ketahui selagi kita tidak membuat pemeriksaan tekanan darah di pusat kesihatan. Secara normalnya, tekanan darah kita ialah 120/80 mmHg, (bacaan yg selalunya dibuat oleh pemeriksa kesihatan).

Sekiranya tekanan darah itu lebih daripada 140/90 mmHg, ianya akan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Apakah yang menyebabkan penyakit ini berbahaya kerana penyakit ini akan merosakkan kebanyakkan sistem dalam badan kita kerana organ-organ dalam badan kita tidak dapat menampung tekanan yang dibawa oleh darah di dalam saluran darah yang berfungsi untuk membekalkan oksigen dan sebagainya.

Punca tekanan darah boleh meninggi?

 Merokok

 Obesiti

 Terlalu banyak garam dalam diet pemakanan

 Kurang bersenam

 Stres

 Alkoholik

 Berumur (salur darah kurang fleksibel dalam membawa tekanan darah)

 Genetik

 Keluarga terdekat mempunyai sejarah tekanan darah tinggi

 Buah pinggang berpenyakit

 Masalah adrenal atau thyroid


Komplikasi Jangka Panjang

 Saluran Darah Arteri menjadi rosak dan akan menyebabkan menyebabkan salur darah akan tersekat.

 Aneurisme (aneurysm) iaitu salur darah akan membesar dan berisiko menyebabkan salur darah pecah.

 Penyakit Jantung. 

 Strok.

 Masalah Buah Pinggang.

 Sindrom Metabolik Badan, dipercayai bahawa salah satu punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah tinggi yang berlaku. Penyakit ini adalah satu kumpulan tanda iaitu : Kadar kolestrol dalam darah yang tinggi, kurang HDL, insulin dalam darah tinggi dan diameter pinggang melebihi kadar yang sepatutnya. Tanda-tanda ini akan menyebabkan strok, kencing manis dan sakit jantung.


Rawatan dan Pencegahan

Menjaga tabiat pemakanan terutama pengambilan makanan berlemak & berkolesterol tinggi.

Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya darah anda menjadi lebih cair dan membantu anda turunkan berat badan jika tidak berlebihan.

Kombinasi Royal Gamat Liquid Tradisea boleh membantu anda mengawal tekanan darah pada paras normal dengan mengembangkan saluran darah anda supaya darah dapat mengalir lancar.

Selain itu, Royal Gamat Liquid Tradisea akan membantu menguatkan semula fungsi organ-organ anda terutama jantung agar ia dapat menjalankan fungsi-fungsinya dengan lancar dan berkesan.

Mukopolisakarida yang terdapat dalam Royal Gamat Liquid Tradisea bertindak seperti fungsi Heparin yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan yang bertindak memastikan tiada penggumpalan platlet berlaku dalam darah yang boleh menyebabkan darah beku.

Royal Gamat Liquid Tradisea unik kerana walaupun Gamat dikategorikan seperti seafood atau makanan laut yang lain, tapi ia hampir ZERO Kolestrol dan Gamat mengandungi Omega-3 yang dapat membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan menaikkan semula kolesterol yang baik (HDL). Selain itu, ia memelihara kesihatan jantung anda seterusnya mencegah anda daripada strok.


Untuk pembelian terus klik link di bawah : https://bit.ly/OnlineShopTradiSea . Untuk info boleh hubungi kami terus di : wasap.my/60183597495/InfoProduk


DISCLAIMER/PENAFIAN :
Info yang terdapat di dalam blog ini bukan idea asal saya semata-mata. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pengguna produk Gamat sejak 2005 saya terlibat dalam industri Gamat dan lain-lain sumber yang dipercayai.

Produk Gamat Tradisea bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar perubatan yang bertauliah terlebih dahulu.

Apa yang kami nyatakan di blog ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan dan dari ulasan pengguna sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT & MANFAAT ROYAL GAMAT LIQUID TRADISEA

GAMAT PAKAR MERAWAT GASTRIK @ GERD

Awas ! 5 Bahagian Ayam Bahaya