Resdung - Punca dan Petuanya
MENCEGAH lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.
Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Apa dia punca resdung ni??
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.
Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Petua mencegah resdung;
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni.
Lagi satu, jika anda nak tahu orang yang mengalami resdung ni badannya agak berasid. Menyebabkan badan berangin. Bagi wanita pula akan mengalami keputihan. So saya nak cadangkan kepada anda supaya mengamalkan Jeli Gamat Gold n Spirulina Pacifica untuk mengatasi resdung anda supaya tidak menjadi lebih teruk lagi. Jeli Gamat Gold akan membantu anda untuk mengurangkan rasa alahan dan keputihan. (1st time makan keputihan akan keluar banyak bergantung kepada tahap masalah seseorang). Spirulina pula 100% alkali akan seimbangkan keasidan dalam badan.
selamat mencuba!!
Jom Like & Share
Comments
Post a Comment